SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Takziah dan Al-Fatihah

Semasa Arwah Sdr Muayat, sering kami bersama bercerita hal politik, sempat hadir menziarahi Arwah Arumi selepas PRU12, sekurang kurangnya aku telah memastikan Ita mendapat peluang kerja di pusat khidmat. Pejuangan Arwah Sdr Muayat amat memahat disanubari, pantun disetiap siri ucapannya tetap aku ingat.

Kesedihan bila kedua dua pejuang ini meninggalkan kita, Arwah Sdr Muayat meninggal mengejut dirumahnya, Arumi mengidap barah sekian lama, dapat bayangkan betapa sukarnya menghadapinya.

Buat Ita dan Jawad, sambunglah pejuangan ayahanda dan bondamu...InsyaALLAH kami akan bersama.

email dari teman baik.

Takziah buat Ita dan Jawad , Yaumminya telah pergi buat selamanya.
Arumi isteri arwah Sdr Muayat antara penjuang keadilan awal, bersama saya dalam menubuhkan bahagian Kuala Selangor. Menjadi Setiausaha Bahagian Kuala Selangor pertama dimana saya menjadi Ketua Bahagian pertama pada tahun 1998 pada tahun penubuhan parti Keadilan Nasional.
Rumahnya di Kaurters JKR Kuala Selangor menjadi rumah singgahan setiap kali apa saja program yang akaan dilaksankan. Arwah Muayat pergi pada tahun 2004 kini Ummi pergi pula. Dua anaknya Ita dan Jawad dua anak yang cukup kuat dan tabah, Jawad ketika berlakunya reformasi baru usia 5/6 tahun Ita dah sekolah menengah. Kini mereka hanya tinggal berdua.
Muga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan Arumi bersama para solehin..

0 comments:

Post a Comment