"Unilateral Decision" dalam pentadbiran Selangor?
Kuala Selangor 13 Ogos 2009 . Setelah janji demi janji ditaburkan untuk menyelesaikan beberapa perkara tertangguh baik untuk Kerajaan Selangor juga perkara perkara penting dalam parti Negeri Selangor.
Yang menjadi kucar kacir adalah jika ahli parti atau pimpinan parti tidak menggunakan perlembagaan parti masing masing dan banyak bertindak dari luar mesyuarat cabang untuk menyelesaikan masalah, serta membuat keputusan diluar mesyuarat yang bertindak secara unilateral. Berita Gempar : Sebenarnya Ketua Cabang Kuala Selangor telah dipecat dalam mesyuarat cabang Kuala Selangor dan Keputusan Mesyuarat telah dibuat dimesyuarat cabang menanti keputusan Pusat menentukan siapakah Ketua Cabang yang disah di Cabang Kuala Selangor. Kes ini berat jika maklumat ini ketetahui umum.
Sefahaman saya, melihat keputusan mesyuarat cabang yang dipanggil menggunakan notis yang cukup setelah melihat ketua cabang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua cabang dan melanggari kebanyakkan perlembagaan parti, tidak menjalankan amanah sebagai ketua cabang, tidak menjalankan mesyuarat sehingga 8 bulan, dikira berat dan boleh gugur dengan keputusan ramai dalam mesyuarat cabang yang diminitkan. Maka bagi saya sahlah Ketua Cabang Kuala Selangor yang diketuai MB Selangor telah gugur. Caranya memanggil 17 ranting di Ijok untuk memastikan sokongan ketua ranting berterusan dengan mensyaratkan ketua ranting berikrar menyokongnya adalah keputusan terlambat sebab keputusan mesyuarat cabang sudah dibuat secara rasmi dan tandatangani oleh majoriti AJK Cabang. Caranya juga menunjukkan cara yang salah mengubah keputusan diluar mesyuarat. Juga menarik beberapa AJK dengan umpanan menjadi Ahli Majlis Kuala Selangor adalah kotor. Seorang AJK yang dulunya berteriak lantang kerana digugurkan dari senarai Ahli Majlis yang baru, bertukar arah bila isterinya yang tidak ada kelayakkan akademik dilantik menjadi Ahli Majlis. Pada dasarnya beliau (MB) tidak menghormati perlembangan parti dan parti yang ditungganginya.
Mengenai kedudukannya di Negeri biarlah negeri yang menentukan, namun kelayakkan untuk duduk dalam Negeri mestilah juga Ketua Cabang. Jadi gugur ketua cabang, gugurlah statusnya dinegeri.
Tabiat unilateral ini juga melarat kedalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu arak, tiada perbincangan mesyuarat exco yang dipakai untuk membuat keputusan yang diumumkan oleh MB Selangor jumaat yang lepas. Maksudnya keputusan ini adalah unilateral decision oleh MB Selangor sendiri, begitu juga dengan keputusan keputusan yang lain. Yang akhir menjadi bahan tentangan dikalangan Exco sendiri. Memang ada exco membodek hanya mengikut saja. Malah jika exco itu bermasalah, MB lah yang membantu dan bermatian menyelematkan keadaan telah terjadi kepada beberapa exco yang bermasalah sebelum ini.
Baca kenyataan Dato Hassan Ali (DHA), beliau tidak berginjak dengan tuntutnya, malah keputusan PAS Selangor menjawab isu arak dan memberi sokongan kepada keputusan TSKI hanya bersifat politik kerana PRK kian hampir di Permatang Pasir. Fakta sudah berkali kali DHA menegaskan beliau sanggup berhenti jadi exco jika orang tidak suka caranya. Saya sendiri pernah mendengar ungkapan ini dari mulutnya sendiri.
Beberapa cita cita besar ditunjukkan oleh TSKI setelah mendapat tempat didalam politik yang dulunya beliau juga ditolak di Kuala Selangor semasa bertanding Naib Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor. UMNO. Cita cita politiknya hanya kerana beliau ada duit, semua pengikutnya kerana duit. Maka apa susah susah nak kena bela lembu jika kita boleh beli susunya?. Inilah sikap yang ditunjukkan dalam politik era PR juga.
Tidak habis disitu cita citanya menggunung mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR pula, disatu Ucapan satu siri perbincangan DSAI sebagai ketua Umum mempamirkan rasa kecewanya sehingga terkeluar ungkapan, "jika jawatan Ketua Umum ini pun orang nak...ambil sajalah..", tindakan unilateralnya amat mengewakan ramai orang, baik bawahan juga atasan.
Banyak lagi isu didalam rumahtangga PKR Cabang Kuala Selangor ini, tetapi demi sayangkan parti kami memendamkan saja cerita cerita ini, dari sebelum dan selepas PRU12 lagi.
Kesimpulan mahukah anda tinggal dikalangan mereka yang hipokrit yang boleh dibeli didalam parti, orang beginilah yang ditanam dalam politik TSKI di Selangor. Maka tidak hairanlah jika ada dikalangan mereka naik lagi di PRU13 akan jadi Peraklah kita. Sebab itu TSKI bergegas merombak undang undang negeri dengan mengasih kuasa legistrator dan pentadbiran negeri. Dengan ini beliau akan selamat. Tidak mustahil jika cita citanya nanti mungkin boleh sampai ingin menjadi PM jika ramai yang dapat dibelinya. Bahaya cukup bahaya.
Ini adalah petikan artikel yang lepas merujuk kepada perubahan yang dibuat oleh TSKI dalam berpolitik caranya. Semua unilateral, baik membuat keputusan dicabang, negeri dan pentadbirannya. Ini menyulitkan keadaan dan merasakan tiada semangat Pakatan Rakyat dipraktikan, malah Hadi Awang terpaksa masuk campur melalui Dato Hassan Ali, Lim Kit Siang juga begitu dengan menasihatkan anak buahnya di Selangor. Malah DSAI sendiri telah berbuih menasihatkan pentadbiran Kerajaan Selangor dari perspektif politik.
Orang kalau otak meniaga apa pun mesti dimulakan dengan formula jual beli, jika politik buat apa nak susah susah nak kuatkan sokongan politik. Beli sajalah.Kumpul orang dan buat "aku janji" - "kami sesungguh berdiri teguh dibelakang pemimpin kami...." maka juak juak ini berlantangan berteriak menyokong dan menjerit sambil terkinja kinja. Sebab sudah "masyukkkkkkk". Apa susah. Membeli politik bukan cerita baru, kita sering kedengaran sebelum ini pun. Malah bukan sahaja membeli itu kena guna "wang" perlu diingat, kekadang dengan air liur saja, kekadang dengar kertas kosong, kekadang dengan jawatan ahli majlis, jawatan itu dan ini.Wow...macam pernah dengar cerita cerita ini, tapi dimana ya?....ohhh di kelompok gerombolan yang disebelah sana tu...eh eh bukan, sekarang gerombolan itu sudah masuh sebelah sini. Maka mana satu gerombolan yang sebenar, nampak semua sama saja sekarang.Aduh pak..semua sudah jadi Gerombolan UMNO. Ptuih....tak guna mengutuk UMNO lagi, sebab sekarang yang mengutuk juga UMNO apa beza?. Politiknya sama. Caranya sama, politik beli politiknya juga sama. Habis apa yang beza?.....namanya saja beza.
0 comments:
Post a Comment