Orang politik PR tidak tahu berpolitik
Kita sudah tahu, musuh politik kita adalah BN UMNO. Kita juga tahu tentera musuh politik ini mempunyai agen agen pemusnah yang lain. Kita tahu kita sedang berperang politik. Sebagai orang politik semua itu kena faham, jangan main belasah saja, seronok jadi YB, MP, Exco, MB tapi tak tahu nak berperang.
Yang PAS pun satu, DAP lagilah, PKR sudah lunyai dikerjakan BN UMNO. Bila kita lemah kita akan hilang pertimbangan, kita mula bergasak antara satu sama lain, kita sering prejudis, ikatan jadi makin longgar akhirnya kita berderai, "terburai" kata Muhyiddin.
Itu semua main mereka BN UMNO, selama ini UMNO memonopoli politik Malaysia dan peranan MIC dan MCA menjadi kerbau ditarik hidung. Parti komponen lain begitu juga tidak berani bersuara takut dicabut "talian hayat" mereka. Semua itu kita tahu.
BN UMNO sudah tidak mampu memecut lagi, tetapi kelemahan dan perpecahan PR boleh menjadikan persaingan menjadi lebih mudah. Kita tunggu keputusan Permatang Pasir nanti. Sekali lagi kita akan lihat perubahan hasil tangan BN UMNO yang berjaya memporak perandakan PR.
DiSelangor, jangan jadi bodoh. Menang tetapi kunci khazanah masih dipegang musuh politik kita, Siapa Dato' Bandaraya MBSA? Selama ini mereka berkerja dengan siapa? Jawab yang itu sudah cukup. Siapa yang berkerja untuk UMNO BN di pejabat pejabat Daerah, Pejabat pejabat kewangan negeri, pejabat pejabat di SUK dll pejabat yang sepatutnya dioperasikan oleh jentera kakitangan penjawat awam yang hanya setia kepada Negeri. Kegagalan perubahan inilah yang menyebabkan semua masalah ini akan berulang. Lagi dan lagi dan lagi. Kita hanya tengok kebodohan ini terus bergelumang.
Media, kita sudah tahu media tidak pernah memihak kepada kita. Kenapa masih nak bermanja dengan media, walau pun mereka boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri, apa yang akan ditulis pasti akan memburukkan PR, contoh rombongan wartawan Utusan, Kosmo dll yang dibawa mengikuti ekspidisi Royalti Minyak. Jelas, mereka ada mata dan telinga tetapi mereka akan tetap menulis diakhbar mereka menggunakan kepala lutut. Sekarang masih ramai ahli politik PR masih mendakapi media musuh mereka untuk menjadi lidah mereka, masuk akal kah?.
Sekali sekala duduk berfikir tidak sudah memikirkan kebanggangan mereka ini. Entahlah labu...
Rakyat cukup membenci UMNO BN, tetapi rakyat juga tidak mahu melihat pimpinan pilihan mereka nampak terlalu dungu.
Jumpa di PRU13.
0 comments:
Post a Comment