SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Bukan Islam dan Islam

Negara kita telah merdeka sudah 52 Tahun, selama itu bangsa Malaysia masih gagal memupuh perpaduan, masih gagal mencari indentiti Bangsa Malaysia yang sejati dan utuh.

Masalah ini adalah berpunca dari Kerajaan BN yang memerintah selama ini memegang keakraban palsu yang didokong oleh kononnya parti komponen BN sedangkan masing masing mempunyai agenda kaum tersendiri. Maka jelaskan mana mana parti yang berasaskan parti tidak akan utuh dan kukuh.
Kita masih ditakuk lama membedakan manusia dengan kaum dan agama, kepelbagaian agama menjadi masalah yang sepatutnya menjadikan kita saling kenal mengenal antara satu sama lain, perasaan prejudis antara agama masih tebal apatah lagi antara kaum.

Bangsa Malaysia perlu kembali kesekolah peradapan manusia yang menitikkan nilai nilai antarabangsa tentang tatacara hidup harmoni.

Secara khusus sepatutnya selama ini kita diberi peluang dan masa yang panjang untuk memupuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan harmoni namun gagal. Bukan Islam juga sepatutnya sudah belajar tetapi hakikatnya mereka telah dipesongkan oleh agen agen anti Islam dalam BN itu sendiri. Mereka tidak diajar untuk mengenali Islam, malah orang Islam juga diajar untuk hidup dikalangan mereka sahaja dalam masa yang sama ditiupkan semangat cintakan kaum Melayu sahaja.

Hari ini UMNO sudah pandai bertakbir, Allahuakhbar dimana mana demo yang ditujukan kepada PAS dan PR. Mereka sudah pandai mengatakan yang hak untuk membela Islam, jika mereka ikhlas dan tulus dalam hal pembelaan ini, cuci dulu semua kesilapan lampau UMNO dan BN terhadap rakyat Malaysia.

Orang bukan Islam tidak sepatutnya takut dengan undang undang Islam kerana ia menjadikan orang Islam lebih baik dan sepatutnya tidak mencampuri urusan orang Islam yang ingin mengikut kehendak agama mereka, begitu juga sebaliknya.

Orang Islam tidak mahu orang muda terus hanyut dengan budaya kuning (concert dll), yang nyata konsert ini hanya dihadiri oleh majoriti Melayu Islam. Tidakkah UMNO faham itu juga kehendak Islam mahukan belia mereka adalah belia yang beriman dan mengerjakan amalan yang berfaedah pada agama dan bangsa mereka. Kami tidak menghalang jika MLTR ingin mengadakan konsert mereka di gereja gereja untuk hiburan anak anak muda bukan Islam, kami tidak melarang arak diminum oleh anak anak muda bukan Islam, kami tidak melarang babi dimakan oleh orang bukan Islam tetapi sekurang kurangnya akuilah bahawa bukan Islam juga perlu jelas dalam agama mereka tentang larangan larangan ini, baik dari segi kesihatan juga alam sekitar malam kepentingan adab dan sopan santun anak anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara.


0 comments:

Post a Comment