SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Nak Syurga nak Neraka?

Seperti selalu kita latih anak anak kita untuk berbuat baik, maka kita beritahu dia cerita cerita apa itu syurga dan apa itu neraka, kalau sudah sekolah kita tanya dia "ada tak ustazah ajar pasal syurga dan pasal neraka...?"

Sekarang masa untuk mempraktikkannya, atau mungkin ada yang sudah lupa apa itu syurga dan apa itu neraka. Kerana matlamat hidup kita sebagai umat Islam adalah untuk ke syurga. Siapa hendak ke neraka bukan? Tetapi ramai yang bertindak berbuat dalam hidup ini seolah olah matlamatnya ke neraka. Tidak begitu?. Tuan tuan dan puan puan.

Memanglah syurga neraka kerja Allah, kalau kita nasihatkan anak kita tidak mahu belajar, apa kita jangka jika dia tidak mahu belajar? Gagal bukan? (neraka le tu..) , kalau lulus , berjaya (syurga laa tu.). Apa bezanya, jika kita melihat perbuatan penyokong itu tidak akan membawa ke syurga, salah kah kita katakan mereka tidak akan kesyurga. Dah tak mahu belajar...Fail lah.

Cakap Tuan Guru, banyak guna kiasan yang perlu kita rungkai dengan ilmu. Suruh wartaWANG yang tafsir...dia tulis sebijik sebijik. Esok keluar UTUSANG buat huru hara orang.

Jadi lu piki lah sorang sorang...

0 comments:

Post a Comment