Penyakit baru?
Mengikut pandangan sipi dan mengerot ini, sejauhnya kedapatan penyakit penyakit serta virus kemusnahan bertahap pandemic seganas H1N1.
Parti sedang memelihara generasi yang boleh dibeli, yang akan menjurus kepada politik wang dimasa akan datang. Symptom sebagai mereka yang sudah berurus niaga dengan politik yakni politik beli politik. Adapun kemampuannya yang ada atas kuasa, kemampuan kedudukan, kekuatan wang ringgit, kekuatan status dan mungkin keupayaan keegoaannya, malah lupa akan tatasusila serta tertib berpolitik. "Membeli" bukan hanya menggunakan wang ringgit mungkin juga dalam bentuk tukar ganti kelebihan lain. Membeli sokongan dan dokongan dengan melantik atas kuasanya jawatan ahli majlis bagai contoh. Membeli sokongan dengan membeli hati hati kecil dengan gula gula. Implikasinya : Ahli parti akan terbiasa dengan imbuhan dan menanti imbuhan dalam perjuangan, dan ahli parti yang sanggup menjual parti dan diri disatu masa nanti.
Parti sedang mengusung pemecah keutuhan keakraban siratulrahim ahli ahli parti - Tabiat atau strategi pecah dan perintah. Memupuh bibit bibit perbedaan antara satu kumpulan dengan kumpulan, melabelkan kumpulan kumpulan pro dan contranya. Memilih kasih dan menyisih. Symptom ini dapat dikesan dari kepercayaan antara satu sama lain main longgar, ahli ahli menjadi bisu untuk berkata kata, sikap prejudis menebal, mempamir temboh pemisah yang ketara. Kekuatan menjadi lemah, tidak mampu bergerak atau membina, lebih berkata kata dari melaksana. Penyakit ini bukan sahaja diperingkat cabang malah sudah melarat ke negeri dan dalam Pakatan Rakyat.
Parti sedang tidur dengan musuh musuh dalam selimut - Symptom : Parti ditikam dari belakang oleh orang parti atau yang mengaku parti atau mereka yang menyelinap sebagai ahli parti. Kebocoran maklumat dan dokumen. Unsur sabotaj dan pengkhianatan. Penyakit ini dimulakan dengan kumpulan mereka yang tidak dilayan, mereka yang kecewa, mereka yang memang bijak bermuka muka, mereka yang berbulu ayam, mereka yang memang dilantik sebagai agen atau planted didalam parti. Mereka yang sedang membalas dendam. Mereka juga mungkin ahli ahli baru terbang ke kelompok kita, ahli ahli yang baru lompat.
Parti sedang meng"kader"kan dungu dungu politik - Symptom : Menganggap politik adalah kerjaya, peluang menimbun harta, bungalow, kereta mewah, kemewahan diri. Tabiat ini dilihat dari perbuatan mereka yang sering menunjuk nunjukan kemewahan malah tidak tahu menutup sifat riak serta takbur sehingga boleh menimbulkan fitnah. Yang diklasifikasikan dungu kerana mereka sudah pasti menjadi "the glory of sepenggal.." jika rakyat tahu.
Parti bergulumang budaya Fitnah, adu domba, hasad dengki dan jatuh menjatuh. Symptom : Pelbagai berita berita sensasi didengari, cerita cerita yang direkacipta bagi memburukan individu demi kepentingan politiknya. Memang beruntunglah mereka yang mereka reka itu sebab hasilnya nanti lumayan itu fikirnya. Sememang ada yang jatuh ada yang naik.

0 comments:
Post a Comment