Permatang Pasir perlu bekerja keras, susunan program kempen perlu kemas dan tidak membuang banyak masa, bagai contoh program perlu dimulakan seawal pagi mengikut kategori dan tempat.
- Program Pagi kesesuaian : Melawat Pasar, Senamrobik(atau seumpamanya), Kuliah Duha seawal Kuliah Subuh. (Masa : 6.00 pagi - 9pg)
- Program Tengah Pagi : Sukan, Lawatan kerumah orang tua, sakit, cacat dll, perasmian, gotong royong dll (Masa : 9.00 pg - 12tgh)
- Program Tengahari (Masa : 12.00tgh - 2ptg) Kuliah Zohor, Tahlil Zohor (kenduri Arwah dll) Kenduri Kahwin, Khatam Quran, Khatan, Cukur Jambul dll.
- Program Petang (Masa : 2.00ptg - 4.30ptg) sebelum Asar, masa ini kekadang sukar untuk menentukan program sebab cuaca kedadang terlalu panas, pilihlah program dalaman, seperti Ceramah Kelompok, Pertandingan Nasyid, Pidato, Pertunjukan Motor Lasak,dll
- Program Tengah Petang ( 4.30ptg - 7.00mlm) Sebelum mahgrib. Ceramah Kelompok rumah kerumah, dialog, dll.
- Program Maghrib (7.00mlm - 9.00mlm) Sejurus masuk Isya' . Kuliah Maghrib, Kenduri kendara waktu ini sesuai juga terutama Bulan Ramadhan isilah Majlis majlis berbuka puasa ketika ini. Terawikh sekali dll.
- Program Malam (9.00 - 12mlm) Utama sebelum Ramadhan dengan dlam masa Ramadhan mungkin berbeza. Seperti biasa, Calon ada dibawa disemua program ceramah induk 3 -4 ceramah mengikut lokaliti atau peti undi. Cadangan Ceramah Kelompok 4 kali di 70 lokaliti, Ceramah Perdana (induk) 9 peti undi sekurang kurang 3 ceramah satu malam.
- Program Tengah Malam ) 12mlm - 2pg. Mesyuarat harian, perancangan program keesokan harinya. Mesyuarat Teknikal, Mesyuarat MTD, Mesyuarat UPU, Mesyuarat Strategy, Mesyuarat PACA, dll. Elok juga mesyuarat yang melibat ramai di buat antara waktu Zohor dan Asar.
- Program 2/3 Malam ( 2.00pg - 6pg) Majlis Qiamilail, dll , Unit Serang malam (membenteras flyer fitnah pihak lawan.
Ulang program pagi.
1) Undi Muda kena jaga
2) Undi Melayu kena perhati.
3) Undi Cina jangan leka.
4) Undi Wanita perlu dikaji.
5) Pengundi Luar perlu diteliti dan dipasti.
Selamat Berkempen Pejuang pejuang Islam...
0 comments:
Post a Comment