SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Negeri Berkebajikan: Mana Dia??

Negeri Berkebajikan: Mana Dia??
Posted on Friday, July 31 @ 06:30:00 PDT by AbuJihad

abanglobai writes "Pakatan Rakyat berdegar-degar mengatakan mereka lebih baik dari BN. Memang sepatutnya begitu kerana PR/PAS menjaja Negara Berkebajikan dalam PRU 12 yang lalu. Kini PR telah memerintah 5-1 negeri di Semenanjung Malaysia tetapi kita belum nampak Negara Berkebajikan ini di praktikkan seadil-adilnya.
Sheikh Sambal baru pulang dari kampung semalam. Lama dah tak balik. Bila balik sekali SS ambil kesempatan menemui rakan lama dalam PAS Hulu Langat dan juga Ketua Kampung PR yang baru dilantik.

Rakan lama SS dulunya seorang 'gedebe' UMNO yang menjadi orang hadapan dalam setiap perhitungan UMNO. "Samseng" UMNOlah senang cakap. Setelah lama duduk dalam UMNO beliau mendapat hidayah. Beliau masuk PAS pada tahun 2006 selepas tidak tahan melihat kebobrokan UMNO dalam membelasah wang rakyat.

Sejak masuk PAS beliau mewakafkan dirinya dalam perjuangan. Di mana sahaja adalah program PAS jika diminta beliau akan bekerja. Air kuning pancut dan pemedih mata FRU sudah biasa dengannya. Dalam apa juga demonstrasi, beliau adalah orang yang setia mengangkut 'mobile' PA sistem ke mana saja. Tanpa PA sistem itu, tentunya demo anti minyak naik di KL dulu tiada bisanya.

Kini PR telah menang di Selangor. Tapi orang yang berjasa seperti sahabat SS tadi tidak diberi penghargaan yang sebetulnya. Dulu masa Khir Toyo berkuasa beliau melawan BN tanpa mendapat apa-apa. Makan minum ank bini disara dengan beerja sendiri. Ambil upah sana-sini dalam apa saja projek yang ada.

Kini bila PR telah berkuasa, tidak bolehkah PR memberi beliau penghargaan atas jasa. Bukan beliau mahukan projek berjuta-juta, tetapi sekadar dapat menampung kehidupan cukuplah. Apalah salahnya berikan beliau kerja memotong rumput di jalan-jalan atau padang awam. Atau mengankut sampah dari taman-taman perumahan yang banyak di Semenyih sana.
Yang hairannya kudrat beliau sentiasa saja dipinta. Kerja amal sana, kerja amal sini. Arahan pimpinan sana arahan pimpinan sini. Memang. Mengisi kemenangan memang lebih perit dari mendapatkan kemenangan itu. Tetapi dengan kuasa yang ada tentunya nasib orang-orang yang memerlukan seperti sahabat SS ini tentunya dapat dijaga. Lebih-lebih lagi bila kudrat dan kerja kuatnya masih didambakan.

Berilah kemudahan kepadanya. Jangan asyik meminta saja tetapi kebajikan kawan tu tidak terjaga. Kini van buruk yang beliau beli untuk kerja jemaah pun terpaksa disorok kerana sudah 6 bulan tidak dibayar. Motor kapcai yang dibeli di kedai Cina pun cukai jalan tak ada. PR Selangor sepatutnya memberikan perhatian terhadap pendokong-pendokong mereka sahabat SS ini. Jika bukan kerana penat jerih mereka, PR mungkin masih lagi melalak di depan Khir Toyo dalam bangku pembangkang dalam DUN Selangor.

Ketua Kampung SS pun ada komplen tentang Kerajaan PR Selangor. Peruntukan yang dijanjikan belum dilaksana. Bajet untuk 2008 dah habis, katanya. Bukan banyak yang diminta. 4km jalan kampung yang perlu diturap untuk kemudahan orang kampung dan meluruskan sungai kampung yang tak pernah diselenggara sejak 30 tahun dulu.
Masalah orang kampung bukan susah sangat nak selesai. Peruntukan yang dah ada buatlah segera. Sungai yang bengkang bengkok kini merosakkan tanaman dan kebun orang kampung. Ban pasir yang dah roboh harus dibina semula untuk mengelakkan banjir kilat bila ada hujan lebat.
Ini soal keselamatan orang kampung. Bukan soal main-main. MB harus kembali ke akar umbi. Jika pengundi akar umbi tidak dijaga, nanti datang PRU13 lihatlah bagaimana mereka berbondong-bondong mahukan BN semula. Kononya BN lah yang pandai mentadbir negeri.

Contoh terbaik adalah email yang SS dapat dari seorang sahabat penggiat Sekolah Tahfiz di Selangor. Bacalah luahan hatinya mengenai sikap ahli politik dan pentadbiran Kerajaan PR. Semuga kita mengambil iktibar dan muhasabah diri.
Jika berterusan begini, jangan harap PR akan dapat mengekalkan Selangor!!

0 comments:

Post a Comment