SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Blogger di raikan?

Bila nak pakai blogger diraikanlah. http://cenangau.blogspot.com/2009/08/n11-permatang-pasir-perjumpaan-bloggers.html

Tidak dapat dinafikan itu yang sepatutnya yang dilakukan, MP Dr Dzulkefly, ahli parlimen tempat aku memang terbuka dalam hal ini. Mungkin Dr Dzul sentiasa berbeza dari pimpinan PAS yang lain, baik dari PKR masih tidak nampak peranan bloggers dan media ini.
Selama ini PR dikucar kacirkan bukan menggunakan kekuatan UMNO pun..semua hanya menggunakan kekuatan TV dan Surat Khabar. Tetapi PR tidak mahu belajar.

BN UMNO tidak cukup puas hati dengan ada TV dan Surat Khabar mereka mahu juga menguasai internet. Di Selangor perjumpaan Noh Omar dengan para bloggers dibuat dan diraikan. Selepas itu baru baru ini di Carcosa Negara, perjumpaan dengan TPM Muhyiddin.

Didalam PR, bloggers tidak dipandang dan dibiarkan bersendirian. Tiada usaha berteruskan dilakukan. Ada tetapi masih kecil. Memahami bukan perlu sokongan wang ringgit, tetapi perjumpaan, bertukar tukar pandangan, saling mengiktiraf peranan masing masing sudah memadai.

Saya menyokong penuh usaha Dr Dzul dalam mendalami peranan bloggers, seperti ayatnya yang hujung...
Yang paling bestnya masa makan kat Restoren mamak Subadah, YD Dr. Zul sendiri yang layan bloggers, dia tolong hidang, siap tolong tuang air lagi bagi tiap-tiap orang. Macam kata blogger mana aku tak ingat "Nak macamana lagi, Ahli Parlimen sendiri layan kita makan."

0 comments:

Post a Comment