DEMO KEPALA LEMBU
Allah BerFirman dalam Surah Al Israak pada Ayat yang ke 53 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." ShodaqALLAHul'Azim.Demo berkenaan mempunyai beberapa andaian juga beberapa kesan yang nyata.
Islam melarang kita menghina agama lain. Malah kita digalakkan untuk berdakwah tentang Islam terhadap mereka dan sepatutnya menerangkan kepada mereka tentang keindahan Islam. Bukan cara macam ni. Ini perangai dan tindakan orang jahil dan bodoh.
Allah mengingatkan kita supaya JANGAN menghina agama lain. Allah Berfirman dalam Surah Al Kafiruun bermula Ayat 1 hingga akhir yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku lah, agamaku."ShodaqALLAHul'Azim.
1) Demo itu menghina Umat Islam, kerana Umat Islam sebenar tidak akan menghina agama lain. Lihat ayat ayat diatas
2) Demo itu juga jelas menghina Agama Hindu yang mempamerkan lambang suci agama berkenaan iaitu LEMBU. Lembu adalah lambang Tuhan dalam Agama Hindu sefahaman saya oleh rakan rakan agama itu.
Saya menempelak cadangan memindahkah kuil berkenaan sehingga wujud perbalahan dan bantahan, sudah pasti keputusan yang diambil tidak mengambil kira faktor faktor lain dengan teliti. Ini juga menunjukan kelemahan Exco-exco yang terlibat dalam membuat keputusan sensitif berkenaan. Sewajarnya dibuat satu pungutan suara atau hebahan akhbar untuk memutuskan cadangan berkenaan atau membuat satu pilihahanraya khas untuk memastikan keputusan adalah keputusan ramai.
SOLUSI : Dicadangkan selepas ini plan pembangunan perumahan mesti memperuntukan sejumlah kawasan ibadat sesuai dengan peratusan kependudukan di tempat itu atau peratusan pendudukan malaysia atau negeri. Dengan ini semua telah mendapat tempat ibadat masing masing mengikut keperluan, plan pembangunan mesti diwartakan serta dipamerkan semasa jualan rumah.
0 comments:
Post a Comment