Pakatan Lemah & BN UMNO pembuli?
Yang bercakap di BN cuma UMNO, mana pergi suara MCA dan MIC dan komponen lain semakin atau memang tidak kedengaran lesu macam ada gaya gaya nak nguyuppp.
Agak kelakar bila MIC menaikkan had umur PEMUDA dari 40 ke 45, ini sudah jadi PENETUA bukan PEMUDA.
MCA kucar kacir dah jadi rumah besar tapi kosong, ahlinya berbondong berhijrah walau tidak secara rasminya, namun menyejatkan parti itu, terus mati tidak bermaya.
Kita dok melayan propaganda BN terhadap Pakatan Rakyat sampai kita lupa nak mengucar kacirkan BN yang sememangya rapuh, retak menanti belah. Kerajaan Negeri Terengganu, Perlis dan Pahang nampak terlalu lemah. Malah Melaka menunjukkan tanda tanda kemurungan politik. Walau sekarang ini UMNO sedang sibuk mengadakan mesyuarat bahagaiannya, bahagian yang ada penyokong tegar saja memampakkan kewujudan, yang lain hidup segan mati tidak mahu.
UMNO berperangai membuli ahli komponennya, UMNO mahu hanya suaranya saja didengar didalam BN, kuasa UMNO memVETOkan semua keputusan didalam BN.
Diakar umbi UMNO terapai kapai, sudah ramai yang menaruh minat cuma masih segan segan untuk menyeberang. Sabarlah tengok PRU13, jika sekali lagi PR dapat membukti kemampuannya pasti lumpuh dan luruhlan semangat mereka.
CUMA dari sudut yang lain, PR perlu juga KPI nya sendiri, menilai kemampuan pimpinannya memastikan rakyat terus berbahagia dibawah cara pemerintahan di negeri negeri Pakatan Rakyat. Masih banyak kelemahan yang boleh dilihat. Sifat ego tidak mahu mendengar teguran dan suara rakyat masih kedengaran. Cara penyelesaian yang sama dengan cara UMNO BN. Malah masih banyak perkara perkara pokok yang menjadi rungutan rakyat tidak ditangani. Seperti satu contoh masalah tanah di Puncak Alam, Selangor masih tergantung, Projek Bukit Kerayong masih tergantung, dan pelbagai lagi masalah masih tidak ada penyelesaian.
Namun masih kita mampu untuk menabur janji, sekadar untuk menjadi penyedap mulut, sekali tidak apa, dua kali tidak apa, tiga kali...pergi jahanamlah. Itu yang menakutkan, setakat sekarang jika dipandang kepada asas asas penilaian itu, jelas rakyat berfikir dua kali. Tetapi kita mengenangkan sayangkan parti, apa yang menjadi kelemahan kita telan saja. Demi sayangkan parti dan kelemahan ini saluran yang digunakan dibataskan. Segala komen dan bantahan tidak dibuat secara terbuka dan membuka pekung pakatan rakyat. Tetapi perlu ada kesedaran had had kepada ketidak selesaan ini, kerana kita tidak mahu terlalu selesa sehingga kita terlupa. Ingat musuh akan mengerjakan PR di Selangor dengan keras sekali. Termasuk sabotaj dll cara.
Ingat. Ingat. Ingat.

0 comments:
Post a Comment