Kena baca begini - "orang jahil saja menghina Islam.."
Ilmu dan pendekatan TGNA, jauh lebih tinggi dari pemikiran kita, bila dia bercakap kita perlu menafsir dengan ilmu bukan dengan nafsu.
Jahil bukan alasan hina Islam — Wan Norazah Wan Chik
OGOS 14 — Kenyataan Mursyidul Am PAS kelmarin mungkin boleh ditafsirkan begini: Kita bebas berkata apa sahaja jika kita jahil mengenai sesuatu perkara. Dan mungkin memang begitulah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Jika dibaca secara tersurat mahupun tersirat, maknanya tetap sama.Pemimpin yang digelar Tuan Guru itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Tetapi ia pasti dapat diterima oleh pakatan pembangkang.
Mengelirukan kerana beliau menegaskan, tidak salah sekiranya pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Alasannya mudah. DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” tegasnya.
Jika kenyataan pembelaan oleh Nik Abdul Aziz terhadap DAP itu dijadikan pegangan, maka, maknanya kita juga boleh menghina agama lain. Jika ada yang melenting, berikan sahaja jawapan mudah. Kita jahil mengenai agama tersebut.
0 comments:
Post a Comment