SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

BENGKEL PAKATAN RAKYAT

MAKLUMAN MEDIA
12 Ogos 2009


Saudara-saudari Editor, Wartawan, Jurugambar, Blogger.


SIDANG MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan satu sidang media esok (13 Ogos) sempena Bengkel Memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga ke 6 petang di Tropicana Golf Club, PJ.

Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang akan menyampaikan ucaptama dalam program tertutup itu sebelum bengkel bermula. Antara topik yang akan dibincangkan dalam bengkel adalah dasar-dasar utama Pakatan Rakyat, kejayaan dan penambahbaikan dalam Pakatan Rakyat.

Sidang media dijadualkan bermula pada jam 2 petang di Tropicana Golf Club.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pakatan Rakyat, Sdr. Shabrimi di 016-4124735.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment