Betul BN makin parah, MCA berpecah, MIC bertaburan...yang lain akan seperti anak ayam kehilangan ibunya...
Namun dalam semua kemelut itu, tidakkah kita terfikir masih ramai yang bertarung mengharungi kesusahan kehidupan ini. Ada yang terhimpin dengan masalah kewangan, keluarga, keruntuhan akhlak dan pelbagai penyakit masyarakat.
Melunsuri jalur jalur kehidupan masih banyak kekurangan dan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Aku tidak mahu berfikir seperti orang politik kerana masa ini mereka amat gembira kerana peluang didepan mata mereka, mereka sudah merencana untuk memanjat ke jawatan yang lebih tinggi. Akhir zaman manusia tidak sedar (orang politik) tentang amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka bila mereka sudah menjadi pemimpin.
Rakyat perlu dibela dengan apa cara yang terbaik tanpa memilih bulu. Lihatlah dilorong lorong kecil, lihatlah diceruk ceruk kampong, anak Malaysia masih bertarung antara hidup dan mati hanya untuk sesuap nasi. Jangan kata orang malaysia ini sudah mewah dan tidak memerlukan apa apa. Turun kebawah dan lihat sendiri masalahnya. Jangan duduk saja kerusi empuk MB, Exco, MP dan YB goyang kaki dan makan gaji buta.
Berdosalah pemimpin yang tidak melihat kesusahan orang yang dipimpinnya. Kerosakan masyarakat adalah tanggungjawab pemimpin. Itulah amanah yang perlu dipikul. Jangan main suka suka nak jadi YB MB Exco dan MB untuk imbuhan lumayan. Sedangkan rakyat dilupakan.
0 comments:
Post a Comment