SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

MERDEKA dari kacamataku (memang berkacamata pun..)

Hmmm...sibuk merdeka kita pun bercakap pasal merdeka juga...

Memang tahun ini lain dari yang lain...
Pertama rakyat dapat hadiah merdeka dari kerajaan yang mendahulukan rakyat dengan menaikkan harga minyak, kerana 1Malaysia mengutamakan performance rakyat diseru menggunakan minyak RON95 yang lebih bermutu dan lebih kilometer kalau ikut iklan PETRONASlah...lebih mesra alam katanya...

Ape ape ajelah...

Merdeka bagi ku, jika bebas dari hutang piutang sebelum aku menghembuskan nafasku...anakku mampu berdikari dan mewarisi peninggalan aku nanti kalau boleh bukab wariskan hutang tapi hartalah, ilmu ilmu yang menafaat, anak anak yang soleh dan Solehah InsyaALLAH.

Merdeka bagi ku, bebas minda dan tingkah laku, bebas mengamalkan suruhan ALLAH. Mencegah yang mungkar dan menegakkan yang makruf. Rakyat Malaysia belum merdeka sebenarnya kerana yang makhruf masih jauh, yang mungkar bermaharajalela dibela sang kuasa. Akhirnya terjajah mereka ini.

Merdeka bagi ku, alam tidak menangis hasil dari tangan tangan manusia, aku yang cintakan alam sekitar mahukan alam sekitar terus dibela, biarlah hidup didunia lebih selesa, tanpa bencana alam yang melanda, kerna kerakusan manusia bumi menjadi mangsa.

Merdeka bagi ku, FREE SPEECH and Ideas.

Merdeka bagi ku, NO to ISA.

Merdeka bagi ku, Satu Sekolah.

Merdeka bagi ku, Satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu walau berlainan agama, penganut Agama lain memahami keperluan Agama Lain termasuk Islam. Tiada yang menghina sesama agama, Bukan Islam memanggil orang Islam Taliban dll ungkapan yang hina.

Merdeka bagi ku, Tukar Kerajaan BN.

Merdeka bagi ku, Malaysia menjadi negara maju dari segi pembangunan Insannya, sebaris dengan standard antarbangsa.

Merdeka bagi ku, bukan lagi hanya bila tiba 31 Ogos. Tatkala segala yang diatas dicapai....

M E R D E K A !

0 comments:

Post a Comment