Semenjak Zahid jadi Menteri Pertahanan, komponen BN bertambah. ATM
TUESDAY, AUGUST 18, 2009
Koor Perubatan Tentera di’UMNO’kan di Permatang Pasir!
SETELAH Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat lagi berselindung isu hubungan langsung Kementerian Pertahanan yang diketuainya baru-baru ini dengan negara haram Israel, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang itu sekali lagi menggamit perhatian khalayak apabila Korr Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan dalam bangsar Umno di Masjid Permatang Pasir sejak petang tadi.
Jika dalam piliharaya kecil Manik Urai dahulu, Dr. Zahid boleh mengatakan usaha memperbaikan beberapa kediaman pengundi di sana adalah inisiatif ATM sendiri untuk mendekati rakyat, di Permatang Pasir alasan yang serupa tidak boleh lagi digunakannya untuk menjayakan kempen secara tidak langsung memenangkan calon BN Rohaizat Othman.
Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar yang juga Ketua Pengarah Operasi Jentera Permatang Pasir menyifatkan tindakan Dr. Zahid itu sebagai tidak bermoral.
Katanya, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Dr. Zahid sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan majoriti undi calon Pakatan Rakyat Mohd Salleh Man menguncup.
Ianya bukan hanya menggunakan khidmat ketenteraan untuk tugas-tugas perubatan percuma mewakili Umno/BN ke atas pengundi pengundi semata-mata; malah menggunakan kepakaran yang lebih strategik seperti membawa masuk ‘pengundi hantu’, penipuan kertas undi dan sebagainya tidak mustahil digunakan BN dalam pilihanraya kecil kali ini.
Sambil menyifatkan tindakan Dr. Zahid bertujuan mengekang pengundi setempat bersama mengekalkan kemenangan Pakatan di sini, Mahfuz turut menjelaskan bahawa jenteranya sedang membuat beberapa konsultansi perundangan/politik peringkat akhir; sebelum memanjangkan hal ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pihak berwajib esok.
Berdasarkan beberapa dokumen sulit/rasmi Kementerian terbabit yang mendedahkan konspirasi peringkat tertinggi antara ATM dan BN dalam memenangkan calon Umno di Manek Urai dalam perbahasan Sidang Parlimen lepas; Mahfuz menegaskan bahawa Dr. Zahid langsung tidak menjawab secara lisat atau bertulis sehingga sekarang.
Meninjau di tempat kejadian lewat petang tadi, kelihatan hanya sebuah van kecemasan ATM (ambulans); sebuah trak tentera yang sarat dengan muatan ubat-ubatan dan perkakas klinikal; serta beberapa individu berseragam lengkap tentera yang dipercayai Doktor dan Pembantu Perubatan ATM -END.
sumber, zainulfaqar
0 comments:
Post a Comment