Alhamdullillah PAS terus menang...
TAHNIAH, kepada semua petugas pilihanraya, walau hanya 3 hari disana dapat merasakan keperitan menjadi petugas, walau nampak risau dengan aktiviti kempen. Akhirnya terbukti dengan bantuan ALLAH membuka semua pintu hati pengundi Permatang Pasir.
BN/ UMNO perlu berubah, menggunakan kaedah lebih lunak kepada lawan dan kawan. Seperkara lagi SELAGI UMNO BN MENGGUNAKAN TENAGA PDRM, SPRM, AG, KEMAS DLL agensi mereka akan mempercepatkan talian hayat mereka.
UMNO perlu melepaskan kepergantungan mereka terhadap agen agen ini bagi melihat kekuatan sebenar mereka, jika mereka terus maknanya mereka akan lupus dari mukabumi ini.
NASIHAT PADA PR : Perkukuhkan perpaduan, didik penyokong, ahli dan para pimpinan dari semua lapisan. Utamakan latihan demi latihan. Pengkaderan calon calon PRU13 dan berani menolak mereka yang BURUK dan BUSUK dari barisan kepimpinan atau mereka yang terlalu berpolitiking sehingga merosakan harapan rakyat. Mana mana YB MP EXCO mahupun MB PR perlu berjiwa politik yang memenangkan, semangat politik menguasai kerajaan perlu diperjelaskan dan disuburkan.
Ahli Politik perlu diambil dari mereka yang lahir dari darah politik, yang berusaha dari bawah bersama ahli ahli, yang mempunyai kekuatan bukan pada pangkat yang mereka ada tetapi keperibadian dan kerja kuat politik kepada rakyat kebanyakkan. Jangan ambil benih CALON seperti membuat "tut" pokok, harapkan berbuah cepat tetapi mengambil baka dari pokok lain. Nak pengaruh cepat ambil benih UMNO tampal dekat PKR bertanding menang, esok lompat.
Nak buah cepat, cantas dari UMNO MIC MCA tampal kat PKR. Esok lompat dan lompat saja kerjanya.
Sekarang ramai orang yang pandai lompat ini, melompat tapi dengan syarat, mereka orang kuat MIC, jika mereka lompat mesti diberikan jawatan, ada yang jadi ahli PKR sebulan sudah menjadi ahli majlis koata PKR. Orang MIC ini masa PRU12 dulu sehingga keputusan menang diumumkan berkempen untuk BN. Sehingga tidak mendapat tempat lagi, mereka merayu kepada seorang EXCO untuk diberi ruang jadi ahli, dah gitu minta pula jadi ahli majlis. Hebat sangatkah?. MB pun setuju...bangang. Ini semua akan jadi "time bomb" untuk PR.
Bila orang tentang, kata yang bising ini orang yang tidak dapat projek. Hei Dei...tunjukkan mana ada sebarang kerja projek yang kita mohon selama ini. Sudahlah...PKR sudah dipenuhi dengan oportunis oportunis yang berkudis. Yang sekarang bersarang di ranting ranting, juga cabang-cabang.
Sendiri mau ingat, susah susah sikit lompat balik, cium tangan Najib tu...habis..Khalasss...
0 comments:
Post a Comment