SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Menggilap permata

Selangor adalah permata Pakatan Rakyat, sememangnya Selangor adalah nadi kekuatan Pakatan Rakyat.

Setelah lebih setahun, baru terfikir perlunya menggilap permata ini?. Kenapa takut permata ini hilang. Pada ketika yang sama musuh bertungkus lumus ingin merampas permata ini dari rakyat.

Perak sebagai contoh, merudum imej BN. Mengikut pandangan umum, malah laporan laporan agen agen UMNO BN juga mengatakan yang sama. Jadi pengalaman ini tidak mungkin akan digunakan di Selangor. Mereka mengubah strategi dengan cara yang lebih teliti dan berkesan.

Usaha meruntuhkan Selangor ini bukan baru sekarang ia dibuat seawal kemenangan Selangor keatas PR lagi. Seperti yang kita tahu semasa peringkat awal pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, PAS dan UMNO mahu bekerja sama, perbincangan sulit dikatakan di Kelab Golf Glenmarie, setengah mengatakan di KL. Hasil perbincangan tersebut diperingkat UMNO
Selangor dan PAS Selangor mereka hampir setuju, dengan KT semasa itu meletakkan syarat MB milik PAS, dan 6 exco milik UMNO. Diperingkat istana pula dikatakan sudah ada 2 nama yang menanti untuk diperkenankan sebagai MB.

Surat setuju mencalonkan TSKI dari PKR, DAP dan PAS dihantar ke Istana. Isi kandungan surat itu mengatakan mereka semua setuju TSKI dicalonkan dan tidak ada calon lain. Maka istana setuju.

Hari ini DSAI dikatakan juga menyesal. Perkara yang paling silap yang beliau lakukan adalah memilih TSKI menjadi MB Selangor. Mungkin perkara ini boleh dinafikan secara umumnya setiap kali hampir banyak masalah yang dikemukakan kepadanya adalah bertajukan TSKI.

Kini seolah olah DSAI ingin mengajar TSKI berpolitik. Tahukah anda TSKI terpaksa menjadi Ketua Ranting Pasir Tuntung ehsan dari jawatan yang dipegang oleh adiknya. Menjadi Ketua Cabang Kuala Selangor atas ehsan (laluan Ketua Cabang yang lama - kini Timbalan) Sdr Arshad.

Sebagai langkah mula dia belajar berpolitik. TSKI juga terpaksa mengajikan beberapa orang sebagai jentera tambahannya di Ijok dan Kuala Selangor. Petugas ini dikatakan menerima RM1,000 sebulan sebagai imbuhan berkhidmat untuknya. "siapa nak bagi Rm1000?.." kata salah seorang dari mereka. Ahli ahli dari luar juga dibawa untuk kepentingan politiknya, ahli dari MIC yang dulunya musuh ketat PR sehingga tempoh kempen pun masih membawa bendera BN, diterima dan dilantik menjadi Ahli Majlis, dengan harapan orang ini menjaga kepentingan politik kaum India. Orang bekas MIC ini akan menjadi BOM jangka yang cukup merbahaya, tunggulah ledakannya. Serta beberapa orang dari Bandar Tun Razak.

Seorang yang mempunyai pengaruh didalam Kelab Penyokong PAS juga difahamkan menerima habuan gaji bulanan ini. Yang tidak memihak kepadanya jemput kenduri pun dia tidak datang. Terbaru salah seorang orang kuat cabang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya. TSKI telah merasmikan Rantingnya di Pasir Tuntung, selepas itu dia pergi ke Ijok. Namun walau dilaluan yang sama dia tidak singgah pun untuk meraikan kenduri AJKnya itu. Inilah sikap ceteknya politik seorang yang dipanggil orang no 1 Selangor. Bahkan ADUN BN Permatang pun hadir, Dato' Hasan Ali hadir, Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly menghantar isterinya sebagai wakil (ada urusan), ADUN BN Jeram walau tidak hadir tetapi menghulur sumbangan melalui wakilnya, Tan Sri Pengerusi SPR pun hadir sebab yang menjadi pengantin lelaki adalah cucu kepada Tan Sri ini, beliau hadir disebelah malam (majlis akad nikah).

Kini DSAI akan mempengerusikan setiap mesyuarat di Negeri, baru baru ini, dalam satu perbincangan. Ahli perbincangan mempersoalkan kewajaran pergi berkempen ke Permatang Pasir sedangkan kubu sendiri di Selangor ini pun nak roboh. Kenapa Selangor terlalu membebankan sedangkan sepatutnya Selangor menjadi inspirasi kekuatan Pakatan Rakyat. Selangor banyak membebankan DSAI yang sedang menumpukan Sarawak, Sabah , Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. DSAI juga terpaksa menyelesaikan masalah di Pahang, Terengganu dll. Sepatutnya Selangor menjadi menguat PR untuk membantu negeri negeri yang dibawah BN ini. Ini tidak berlaku. Kerana kegagalan MB Selangor memperkukuhkan Pakatan Rakyat malah Negeri hingga ke Cabang cabang.

Terkini. Jentera parti 3 negeri dipanggil untuk diperkukuhkan. Ia adalah Selangor, Perak dan Terengganu. Kenapa?. Jika serangan BN berterusan Selangor akan dibubarkan. Perak dek kerana imej BN yang teruk dari laporan agen agen mereka terpaksa dibubar paling lewat hujung tahun. Terengganu sebenarnya ia adalah sama seperti di Selangor versi BN.

Mungkin ada sedikit perubahan sikap dan pendekatan politik TSKI, namun oleh kerana egonya serta cetek politiknya dia mengisihkan musuh politiknya di Cabang Kuala Selangor.

Ulasan gambar : DSAI mempengerusikan program memperkukuhkan cabang. Namun cabang Kuala Selangor cabang MB sendiri tidak menghantar wakil, begitu juga Sepang, Kota Raja dan Selayang.


0 comments:

Post a Comment