Jangan gadaikan sokongan rakyat untuk politik kendiri
Sememangnya semua sudah jelas, Tsunami PRU12 adalah disebabkan rakyat muak dengan perangai BN UMNO. Sudah jelas juga pakatan pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk menang dengan undi pengundi tegar mereka. Malah kita juga akui kemenangan ini adalah kerana toleransi pakatan antara DAP, PKR dan PAS, Kita juga tahu strategi satu lawan satu menjadi teras kepada gerakan melumpuhkan UMNO BN.
Jelas juga negeri negeri pakatan rakyat sering diganggu gugat dan dinampak kepada rakyat bahawa cara pemerintahan yang dibawa oleh PR adalah sama dan lebih teruk dari BN UMNO. Rakyat diberi gambaran oleh media mereka bahawa pemimpin kita mengkhianati Bangsa Melayu. Pakatan Rakyat tidak sepakat, pemimpin kita juga korup.
Strategi UMNO BN memang berubah ubah, namun blue print mereka tetap sama, menentang siapa saja yang menentang mereka. Menyokong apa saja yang boleh melemahkan PR. Juga mempergunakan masa dan sumber yang mereka ada sekarang sebaik mungkin termasuk dengan MACC, Polis, Mahkamah, SPR dll agensi yang bergerak dibawah beliau. Peringkat akar umbi juga tidak ketinggalan, KEMAS, Agensi Pertanian, JKKP digunakan untuk melemahkan PR. Sudah pasti itu jelas.
Yang mengusarkan adalah karenah ahli politik PR yang suka bermain main diair tenang, menganggap orang UMNO BN sebagai rakan politik mereka. Mereka lebih suka mencari jalan untuk nampak lebih glamour atau popular dikalangan ahli politik yang lain. Mereka menggambarkan rakyat sayang mereka dan suka mereka. Padahal rakyat cuma membenci dan muak dengan BN dan UMNO. Ahli politik ini menggadaikan sokongan rakyat, rakyat menjadi hampa, bila kehampaan menjelma sebaik mana kebaikan yang dibuat tidak akan mendatang sebarang kesan malah akan menjadi satu bantahan.
Zaman sekarang walau moden, kita tidak lari dari pepatah Melayu lama, "hujung pena lebih tajam dari hujung pedang", jelas menunjukkan setiap 12 juta orang di Malaysia yang dapat akses kepada internet mempunyai peluang untuk menghunus pedang mereka. Zaman sekarang lain dari dulu, jelasnya mereka boleh mengatakan sebarang ungkapan, fitnah serta bayangan memburuk seseorang itu sehingga ia nampak buruk. Ia dilakukan oleh blog blog nyamuk yang banyak dalam internet untuk tatapan masyarakat umum di Malaysia. Apa yang jelas masih ada ruang kebenaran dalam banyak banyak blog berkenaan yang lebih mementingkan etika dan moral dalam penulisan mereka dan bertindak sebagai medan untuk nasihat dan menasihatkan antara satu sama lain. Jika ada orang yang membaca sudah pasti peratus yang membacanya sedikit akan mempercayainya. Seperti juga email email karut dalam kotak utusan email kita pun masih ramai yang mempercayai. Percaya kata email yang mengatakan mereka ada berjuta juta ringgit untuk dipindahkan ke Akaun anda?. Percaya kata kata anda boleh kaya dalam masa 109 hari dengan modal RM10?. Tetapi walau jelas nampak penipuannya masih kita mampu mendengar ada yang terperdaya. Itulah yang berlaku. 1.8% orang akan percaya. Jadi tidak kisah apa yang ditulisnya. Teori kuantiti.
Kemana halatuju Pakatan Rakyat jika polanya rakyat sudah malas untuk turun ke ceramah ceramah jika mereka merasakan mereka sudah cukup dan muak dengan retorik ahli politik. Bila mereka sudah merasakan dua dua sama saja. Bukan hakikat sebenar cuma orang yang pandai politik mereka berpegang kepada politik ini perspektif sahaja. Cukup untuk rakyat diperlihatkan dan difahamkan bahawa kerajaan PR juga korup walau tiada kebenaranya. Cukup mengatakan PR juga tidak kompeten, cukup mengatakan kita ini pengkhianat bangsa, apa saja bisa dilakukan melalui corong corong media milik mereka, terus menerus tanpa tapisan sampai keakar umbi ceruk kampong dan lembah gunung ganang hutan rimba.
Bagaimana mampu kita menangkis segala potray potray yang yang ditunjukkan kepada kita itu. Sekali gus bagaimana kita mampu ia digambarkan dalam peti undi kelak. Amat menggusarkan. Namun apa yang diramalkan di PRU13 rakyat mampu membawa perubahan tetapi semua perubahan itu amat membahayakan. Di PRU13 banyak kawasan akan turun peratus kemenangan namun ia menyeluruh di banyak kawasan lain yang PR tidak menang di PRU12. Sebenarnya sehingga kita momentum Tsunami PRU12 sudah hilang. Yang bergerak sekarang adalah momentum isu isu dan PRK PRK yang berlaku. Ini cuma riak riak kecil yang akan hilang dalam masa 2 3 bulan saja, malah momentum bangkitan rakyat tidak akan berlaku jika tidak ada sebarang isu besar, perlukah kita mencipta satu isu besar. Jika sebesar Anwar dipenjarakan semula pun rakyat tidak akan peduli. Berani kita menghadapi PRU13 jika persoalan ini ditimbulkan.
Jelas ahli politik tidak menyediakan tempat jatuh mereka, mereka perlu jatuh ditempat keras atau tempat lembut? Mereka sendiri yang menentukan. Tidak kerana rakyat memilih mereka mereka sudah pasti tidak duduk ditempat yang ada sekarang. Malah masih yang mahu bersenang senang mengira duit elaun.
Mari kita lihat gambaran gelombang gegaran politik mengikut parti komponen PR. Mula mula sudah tentu PAS, kerana ia parti terbesar PR, pengikutnya ramai gelombang momentum politiknya bergerak perlahan dengan gelombang yang longlai membayang mereka seperti barisan gerabak keretapi yang panjang. Rentahnya lagu melayu asli lama.
DAP gelombangnya begitu "tajam" kekadang kebawah kekadang keatas, penulis membayang ia seperti melodi "cha cha".
PKR wow lebih mirip kepada sedikit jazz ke rock mungkin sikit R&B, kerana rentaknya tidak menentu, ada mungkin sedikit pengubahsuai pada "amplifier"nya atau sedikit sentuhan "mixer"nya, rakyat masih mampu menelan melodinya, namun jika terdengar sungguh irama asalnya rakyat juga mampu muntah.
UMNO BN. Sudah tidak mampu berlagu lagi, kerana nyanyian mereka tetap sumbang, walau mereka menggunakan teknologi tercanggih mana pun, untuk memastikan kualiti dan gelombang alunan mereka masih sedap didengar dan merdu.
Masih masih mahu berdondang sayang atau ber"ronggeng"?
0 comments:
Post a Comment