SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Artikel dari Ikut Suka Aku

MB Selangor, Take...Beer!!!!

Dalam posting aku 2 – 3 hari lepas bertajuk Umno dengan Provokasinya(klik) aku ada menyebut pada satu perenggan dalam konteks berbeza seperti berikut;


“Pesanan buat geng umno, tak payahlah korang nak provoke Kerajaan Negeri Selangor dengan isu ARAK ni..., biarlah Exco dengan Exco bergaduh pasal Arak, yang pentingnya ada arah tuju yang positif untuk membenteras penjualan arak kepada orang awam.”


Ayat tersebut aku tujukan khas buat geng umno khususnya, kerana sebelum ini mereka sendiri tidak pernah membantah penjualan Arak samada di Selangor mahupun SeMalaysia. Apabila timbul isu Arak di Selangor, mereka pula yang terkinja-kinja macam beruk kena belacan.


Dalam isu geng umno berpiket berkenaan Arak, kita letak tepi dulu, dan kalau boleh tak mau layan lagi puak hipokrit ni.


Sekarang ni…. Aku nak mengHARAM-JADAHkan Menteri Besar Selangor si Bangsat Melayu yang bertopengkan Agama Islam.


(Maaflah kalau bahasa kasar, mungkin bahasa yang pernah aku gunakan kepada Pemimpin Umno lebih lembut dari ini, lepas ni mesti geng Pakatan Rakyat melompat pulak…. ha..ha..ha… peduli apa aku, kalau kutuk umno korang melompat keriangan, bila kutuk Pemimpin Pakatan Rakyat seperti selalunya berbakul-bakul pulak aku yang kena kutuk… PKR, PAS, UMNO… 2 x 5 daaaa..)


Wokehhhh…., Aku sebagai penduduk Shah Alam Selangor, berasa teramat dukacita dan dengan hati yang teramat keciwa dengan keputusan Menteri Besar Selangor (nama dia pun aku tak nak sebut kat sini sebab terlalu jijik, sejijik arak yang HARAM tu) yang telah menolak usul yang di kemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit khususnya di Shah Alam dan seluruh Selangor.


Samada MB dari PKR ini buta mata atau buta hati aku pun tak tau nak sebut macam mana, dalam Bandaraya Shah Alam ini…. majoriti penduduknya dan hampir 90% adalah berbangsa MELAYU dan kalau ikut definasi umno secara totalnya adalah beragama ISLAM!!!!.... Jadi apakah rasionalnya penjualan ARAK dalam kepadatan penduduk Melayu dan Islam. Nampak sangat sikap serta sifat Bebal dan Banggangnya seorang yang bergelar Tan Sri Menteri Besar Selangor.


Dan keciwanya lagi diriku ini apabila, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan langkah merampas arak yang di jual dibeberapa kedai serbaneka. Tetapi tindakan MBSA ini telah di pertikaikan oleh si bangsat Ronnie Liu daripada DAP yang mengarahkan supaya MBSAmemulangkan balik arak yang dirampas.


(Nota: Ada juga suara-suara sumbang mengatakan tindakan MBSA itu adalah perencanaan politik umno, bagi menekan kerajaan PR Selangor. Bagi aku itu isu sampingan sahaja, sekadar spekulasi atau kebenaran aku pun tak tahu)


Dan si MB ini pulak boleh tunduk dengan desakan dari DAP, apa kejadahnya mamat ni dah melalut, kalau yea pun nak menjaga kepentingan politik dan sokongan kaum Cina mahupun India, janganlah sampai mengadai agama bro…. lu memang sengal dan bebal la…..


(Kalau bab DAP ni… aku memang berangin lama dah..., semuanya memang kurang ajar, dari kes Theresa Kiok, kes menghina Ustaz Ridhuan Tee dan terbaru ni si bangsat Ronnie Liu. Ok… isu DAP ni kita cerita lain hari, sekarang nak settle isu MB senggal dulu)


Pada suatu ketika aku tak berapa setuju dengan YB Dato' Hassan Ali yang (sebelum ini khabarnya asyik keluar masuk Istana melobi nak jadi MB, itu cerita sewaktu zaman bercinta dalam gelap dulu-dulu, kini sudah selesaikan… ha..ha..ha… tutup cerita) tetapi dalam isu arak ni aku sokong usul memorandum beliau 100% supaya larangan penjualan arak secara menyeluruh di Selangor dilaksanakan.


Sekurang-kurangnya PAS telah menyuarakan perjuangannya dalam menegakkan hukum Islam, tetapi terhalang oleh bajingan yang menjadi Menteri Besar yang tak tahu hukum, yang berlandaskan kepada serakah DAP yang semakin hari semakin biadap dengan menghina dan merendahkan martabat Agama Islam dan Umat Islam khususnya.


Jika keputusan Menteri Besar tidak menghormati pendirian PAS Selangor yang merupakan rakan dalam Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sebagai umat Islam (jika dia mengaku Islam) pertimbangkanlah tuntutan dalam beragama dan paling cekai sekalipun hormatilah kehendak majoriti penduduk Islam dalam Bandaraya Shah Alam.


Aku memohon kepada Kebawah Duli Sultan Selangor yang juga Ketua Agama Islam supaya bertegas dalam isu ini, jika perlu bagi penerajang kepada petualang atau pengkhianat Agama Islam ini dan campakkan ke dalam Sungai Kelang, di persilakan.Kami tak perlukan seorang Menteri Besar yang tak ada pendirian dalam beragama.


Kepada Menteri Besar Selangor, ni aku nak cabar sikit…, sila pandu kereta anda ke seluruh Bandaraya Shah Alam dan cuba cari kedai Empat Nombor Ekor (Magnum,ToTo dan DaMaChai). Kalau hang boleh jumpa satu kedai sekalipun, buktikan pada aku dan aku sanggup bayar hang 100juta (pinjam duit Najib), lepas tu hang boleh letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.


Isa: Kedai Judi Ekor tak ada di Shah Alam, kenapa India dan Cina boleh hidup. Kalau takda Arak di Shah Alam sekalipun... mereka masih boleh hidup lagi.... Bodoh pianggggg…. punya MB Selangor.

0 comments:

Post a Comment