SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Politik membeli politik

Orang kalau otak meniaga apa pun mesti dimulakan dengan formula jual beli, jika politik buat apa nak susah susah nak kuatkan sokongan politik. Beli sajalah.

Kumpul orang dan buat "aku janji" - "kami sesungguh berdiri teguh dibelakang pemimpin kami...." maka juak juak ini berlantangan berteriak menyokong dan menjerit sambil terkinja kinja. Sebab sudah "masyukkkkkkk". Apa susah. Membeli politik bukan cerita baru, kita sering kedengaran sebelum ini pun. Malah bukan sahaja membeli itu kena guna "wang" perlu diingat, kekadang dengan air liur saja, kekadang dengar kertas kosong, kekadang dengan jawatan ahli majlis, jawatan itu dan ini.

Wow...macam pernah dengar cerita cerita ini, tapi dimana ya?....ohhh di kelompok gerombolan yang disebelah sana tu...eh eh bukan, sekarang gerombolan itu sudah masuh sebelah sini. Maka mana satu gerombolan yang sebenar, nampak semua sama saja sekarang.

Aduh pak..semua sudah jadi Gerombolan UMNO. Ptuih....tak guna mengutuk UMNO lagi, sebab sekarang yang mengutuk juga UMNO apa beza?. Politiknya sama. Caranya sama, politik beli politiknya juga sama. Habis apa yang beza?.....namanya saja beza.

0 comments:

Post a Comment