SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Selesai masalah, belasah sajalah.

Penyelesaian mudah.

Jika anda ada masalah dengan PARTI keluar parti, atau kalau anda bermasalah anda juga perlu keluar. Di alu alukan. Berapa ramai yang bertanya apa masalahnya?

Apa kategori masalah itu tidak boleh diselesaikan? Adakah semua masalah tidak boleh diselesaikan, kenapa masalah? Masalahnya jika orang tidak melihat masalah sebagai ancaman, malahan membiarkan masalah membiak. Saya pernah menulis sebelum ini dimana keadaan sekarang mengundang masalah.

Siapa yang bertanggungjawab keatas semua masalah parti? Adakah semua ahli yang bermasalah akan diakhiri dengan KELUAR PARTI? seakan mereka ini tidak boleh dipulihkan. Semacam mereka yang jadi penagih dadah dihukum BUNUH saja. Tidak perlu dibuat pusat serenti. Atau mereka yang menguruskan "crisis" ini juga bermasalah?

Masalah jika orang sering melihat kesalahan orang lain saja kerjanya. Mereka ini bertindak sebagai mikroskop, orang lain semua bermasalah. Adakah yang tinggal bermaksud "problem free?". Jika yang tinggal pun macam tak nampaknya masalah yang ada pun masalah juga. Habis siapa yang akan tinggal dalam PKR sebab bila keluar mereka bermasalah, yang didalam belum tentu tiada masalah, betul pelbagai bentuk masalah, adakah kita mencari atau menutup pintu pintu masalah itu? Masalah setengahnya merasakan diri mereka superior, perfect tanpa cacat. Mudah menuding jari, walau penyelesaiannya ada ditangan mereka. Sengaja mereka umpama ingin melihat perkara ini berlaku. Apa imej kita, buruk kah , wangi kah...mereka tidak peduli. Sekali lagi kita tidak bangkitkan isu ini kepada SIAPA, tetapi KENAPA?.

Jadi saranan saya , jika anda ada masalah jangan sertai PKR, jika sudah sertai KELUAR PKR. Kerana PKR tidak mahu ahli yang bermasalah kerana mereka bermasalah untuk menyelesaikan masalah itu. Jika tiada masalah, tiadalah masalah yang hendak diselesaikan, dan PKR akan nampak Bagusss saja. Mungkin kah didunia orang tiada masalah? Atau masalahnya orang tidak pandai menyelesaikan masalah.

Atau mungkin ada masalah yang lebih besar dari masalah masalah ini?

Misteri ini perlu dibongkar.

EDISI TERJAH AKAN MENEMUI ANDA DIPAWAGAM BERDEKATAN

0 comments:

Post a Comment