SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Orang Politik tak boleh bisnes...

Dulu semasa zaman perjuangan serba tak ada orang macam aku mereka cari...memang betullah sebagai seorang usahawan mereka minta mengaturkan program politik, bagi aku PAS dan PKR sama saja, dalam hal ini aku tidak soal banyak. Memang niat kita kalau ada lebih kita bantu. Walau kecil mana pun, ikhlas.

Dalam masa yang sama zaman UBN memerintah aku dapat juga kerja kerja, bahkan Pejabat MB sendiri bagi aku kerja, Bekas MB pun bagi aku projek. Tapi dengan duit projek itulah aku bantu parti. Masa itu aku pembangkang. Sekarang pun pembangkang.

Selepas menang, aku fikir aku boleh menyumbangkan lebih baik dari dulu. Aku masuk dalam politik, namun segala usaha aku nampak tidak disenangi malah ditolak. Mereka kata ini cara UMNO, apa yang UMNOnya. Zaman UMNO, mereka bagi kerja yang dipohon secara telus, masuk sebutharga dan tender macam biasa. Mestilah semua bermula dengan kertas kertas cadangan. Salah bagi kertas cadangan?. Bagi kertas cadangan pun macam UMNO?.

Jadi aku kena pilih politik ke Bisnes, sebagai orang yang berfikiran waras dan tidak mahu bermuka muka atau hipokrit atau menggunakan kepentingan politik untuk perniagaan. Aku pilih kembali didunia yang aku lalui sebelum ini.

Aku perlu tinggalkan politik, kerana mereka tidak memerlukan orang seperti aku. Mungkin mereka takut orang macam aku akan mengubah dasar mereka. Apa pun soalnya mereka perlu merangka satu makanisma baru, bukan menolaknya. Bagi aku mereka yang politik + bisnes hipokrit, bisnes + politik pun hipokrit. Ini yang aku faham dari dasar yang tersembur dipentas pentas ceramah mereka.

Eh...dibelakang mereka tiada bisnes?. Malaslah nak listkan disini...ada yang syarikat pembekalan dibelakang mereka, ada yang ada syarikat holding, hartanah, developer, dll.

Dasar mereka jika kita orang politik masuk proposal CANTAS...proposal bukan semestinya bagi kerja kat kita, mohon kerja ini dipertimbangkan untuk dibuka sebutharga dan tender, kita masuk lah macam biasa. Tiada apa yang tidak telus. Masakan mereka yang diatas tahu, keperluan keperluan, ada ke pegawai turun kebawah tengok keperluan rakyat?.

Yang meluat semua cakap tak serupa bikin. Cakap lain bikinnya lain. Jadi bagi mereka yang bertanya...kenapa tak libatkan politik kepartian. Sebabnya aku orang bisnes. Kalau dia jawab aku pun bisnes jugak..tapi berpolitik...itu HIPOKRIT namanya.

Generasi hipokrit ini terlalu ramai. Sehinggakan susah hendak melihat yang ikhlas. Kalau adapun tahulah "hipokritor" ini mengerjakannya.

Jadi kalau betul yang cakap itu ikhlas tentang perjuangan parti dengan dasarnya yang meletup letup tu...Jangan ambil satu sen pun...gaji elaun EXCO ke YB ke...apa apa. Boleh? Ini tidak dulu kata tak mau tukar kereta konon..sekarang CAMRY menjalar, Rumah dah besar, dah pandai cuti cutian makan angin...sudah HIPOKRIT.

Aku sokong suara rakyat bukan sebilangan "HIPOKRITOR", aku tidak berpolitik disini..aku cuma mendokong suara rakyat, suara kebebasan.

0 comments:

Post a Comment