SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Anda merasa kesetiaan anda dipermainkan?

Sudah menjadi keperluan seorang itu, setia pada parti yang disertainya. sayang dan patuh kepada kepentingan parti.

Not that I loved Caesar less, but that I loved Rome more


Agak agak pernah dengar ungkapan ini, berbau hanyir dimulut mulut orang politik kononnya mereka saja yang setia pada parti.

Agak malang jika kesetiaan ahli atau pendokong ini dimanipulasikan oleh pimpinan, merujuk kepada mereka seakan "boleh dimakan", mungkin dengan sedikit sentuhan ajaib, mahu janji manis, lebih lebih lagi hancurlah dengan sedikit gula-gula.

Seperti biasa orang yang diatas, akan dipuji melambung lambung, pembodek pembodek seperti Tun Bendahara memuji Sultan lagaknya diceritera lama. Tiada apa cacat pun.

Cuma mereka tidak terfikir darimana datangnya kedudukan itu tanpa dokongan orang orang kecil dan kerdil dibawah. Sebagai tokoh politik yang bijak mereka akan tahu betapa kecilnya mereka tanpa sokongan, dokongan malah undi rakyat marhaen ini. Kekadang orang kecil merengek mohon diperhati, rintihan dan rungutan kekadang tinggal ketepi mereka perlu pembelaan. Apa pun apa yang mereka boleh buat, sebab mereka sudah mabuk dengan sokongan rakyat. Mereka tahu kesetian sementara ini akan terus memastikan mereka ditampuk kuasa. Maka kesetiaan mereka terus dimanipulasikan. Bagi pendokong yang sayangkan parti terus mengurus dan menjadi tentera tanpa mengerti penat lelah kerana mereka setia dan sayangkan parti. Kekadang mereka terpaksa melupakan keburukan dan kelemahan yang perlu diatasi kerana imej parti mesti didahulukan.

Tapi ingat dalam keadaan tertentu kita mesti "ajar" mereka yang gila kuasa atau lupa diri untuk mengingatkan keperluan sebenar sebagai seorang ahlu politk dan pimpinan. Dalam keadaan tertentu mereka mahu marah bila tiada orang yang datang berkempen untuk parti. Apa mereka fikir semua sanggup berkorban sehingga tiada apa yang hendak dikorban, nak tinggalkan isteri anak tanpa sokongan? demi parti, tinggalkan suami dengan mengadaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu, demi pari, berkorban waktu bermain untuk parti, segalanya untuk parti atau seorang pemimpin yang lupa diri?.

Ada pimpinan sudah pandai menawar bila mereka tidak dapat, Lan "engko cari 10 orang kerja RM50 sehari..." wah hinanya pejuang parti yang ikhlas bila mendengar harga mereka cuma RM50. Itu sajakah nilai pejuang parti dimata mereka?. Mungkin yang lain ada ditawar lebih rendah lagi...Saya pernah mengatakan kepada seseorang pimpinan yang cuba membayar khidmat saya. Saya menjawab "i worked for party..not for your money.". Jika kita tidak menerimanya mereka kata kita bodoh...ya memang orang bodoh saja yang kerja untuk parti dan pimpinan dengan setulusnya dan sejujurnya. Orang bodoh saja yang menyanjung orang politik seperti ini. Hanya tahu manipulasi dan ekspoltasikan orang bawahan demi kepentingannya. Mereka tidak ada hak untuk marah jika mereka tidak mendapat sokongan dan jentera yang mantap. Ia bergantung kepada kamu pimpinan itu sendiri menentukan betapa kamu menghargai dan meletakkan sokongan kamu ditempat yang betul.

Bagi mereka yang setia, ikhlas jika kamu hendak merungut jangan main macam hangat hangat taik ayam. Jika kamu ikhlas kamu sayang, kamu juga mesti ikhlas kamu benci. Saya telah membuktikan saya tidak akan membanti parti sehingga ada perubahan yang diharapkan yang dikatakan harapan itu. Saya buat.

Yang lain mengadu, tiada perubahan walau pun mereka setia dan masih berkerja untuk memantapkan parti. bagi saya untuk membuka mata ahli politik yang suka memainkan kesetian dan mempergunakan kesetiaan kita untuk kepentingannya. Lakukan dengan pasti dan jelas. Cakap dan bikin. Biar satu signal jelas sampai dibenak pimpinan seperti ini.


Mulut bising, banyak cakap tidak sepertinya hati busuk, tetapi selalu yang mulut manis menyimpan hati yang busuk lagi hanyir...

Adios

0 comments:

Post a Comment