SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Berubah atau Rebah - malaysiakini

BN dan PR berubah atau rebah, mudah saja, jika rakyat sudah memahami kekuatan yang mereka ada, mereka akan menjadi raja, mereka akan menjadi tuan,  jadi parti mana yang perlu berubah bermula dari kepimpinan parti berkenaan, selepas itu ahlinya juga perlu berubah.

BN politik keras, politik membalas dendam, sifat sombong, dasar dasar mencekik rakyat, menzalimi rakyat, menggunakan kuasa keatas sistem kehakiman, polis, SPR, dll agensi perlu diubah atau mereka ingin memilih untuk rebah.

Pertama : BN perlu bersifat kasih dan sayang keatas rakyat, keatas semua yang dipanggil Malaysian, baik Melayu, Cina, India dll kaum di Malaysia. Buang sistem ketuanan bangsa, koata koata yang tidak perlu dan sudah lapok. Mulakan dialog dengan ikhlas tentang perubahan yang diperlukan, jangan gunakan kuasa atau undang undang untuk terus berkuasa, kuasa bukan milik mutlak BN dizaman rakyat celik erti demokrasi.

Kedua : Hapuskan undang undang yang memberatkan rakyat serta menyekat suara dan kebebasan rakyat, ikut standard antarabangsa, akan kebebasan bersuara, menyuarakan pendapat, hak berkumpul, hak berpersatuan, dan hak hak asasi yang lain. Bebaskan semua tahanan politik yang berkait dengan undang undang berkenaan.

Ketiga : Pisahkan BN parti memerintah dengan pentadbiran kerajaan, termasuk aksesbiliti kepada kewangan negara, kemudahan jentera pentadbiran, dll. Termasuk polis, SPR, SPRM, dll agensi pentabbiran yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dari digunakan dalam mana mana aktiviti atau program berasaskan parti politik. Bina satu garispanduan baru, termasuk menteri menteri perlu bercuti dan dihalang mengakses sebarang kementerian yang diterajuinya. 

Keempat : Berhenti menggunakan Istana dan Agama untuk menyelamatkan politik mereka.Asingkan politik kepartian dengan Istana dan Agama. Wujudkan Majlis kefahaman antara Agama bagi memberi faham tentang Islam yang sebenar kepada bukan Islam, dengan memberi hak kebebasan agama. Jika Islam kuat dan semua faham Islam kita tidak perlu gusar.  Berhenti mengelirukan bukan Islam tentang Islam yang sebenar.

Kelima : Hentikan politik wang, bermula dengan memilih kepimpinan peringkat bahagian hingga ke MPT sehingga ke presiden UMNO. 

Keenam : Bebaskan SPR dengan mengemaskini sistem pilihanraya yang ada sekarang, implemenkan dakwat di jari semasa mengundi, pendaftaran semula semua daftar pengundi. Berikan hak yang sama dalam media, buang sekatan yang tidak munasabah seperti permit dll.

Ketujuh : BN kena berubah dengan menerima MCA MIC UMNO sebagai satu parti dengan satu perlembagaan, berhenti menghina dan merendahkan parti lawan. Kembalikan kuasa kepada rakyat.

Kelapan : Berlaku adil terhadap kewangan negara termasuk pembahagian pembanganunan walau dinegeri yang diperintah oleh parti lawan. Berhenti berlaku diskriminasi. Kongsi kekayaan dengan rakyat satu Malaysia, tidak ada pembangunan dimusim pilihanraya sahaja. Tiada pembaziran, dengan bertumpu kepada meningkatkan mutu kehidupan rakyat, Contoh : Singapura berjaya berusaha membina satu sistem bekalan air dari air terbuang, penakungan air dan pengubahan air laut masin. 

Kesembilan : Jika selama ini kerajaan menipu, berterus teranglah dengan rakyat, memohon maaf dan mohon restu dari rakyat. Singkirkan mereka yang menyeleweng amanah rakyat. Ambil pimpinan yang benar benar amanah dan kuat bekerja untuk rakyat.

Kesepuluh : Hentikan permusuhan wujudkan kerajaan campuran dengan segera, dengan Perdana Menteri adalah mereka yang dipilih oleh rakyat, dengan membuat satu pilihanraya Khas untuk Jawatan Perdana Menteri, tidak semestinya datang dari parti yang majoriti. Kabinet Malaysia akan terdiri dari BN dan PR. 

Jika 10 perkara ini berlaku, bolehlah kita tumpukan kepada membaiki kerosakan yang ada diMalaysia ini, boleh kita boleh lakarkan tentang ekonomi, pendidikan, undang undang dll agenda negara dengan itu juga Dasar Satu Malaysia akan terlaksana, jika tidak ia cuma angan angan saja.

Bagaimana satu dasar yang tidak melibatkan aspirasi rakyat marhaen, tidak mungkin yang hendakl dibawa berubah adalah rakyat.

Jadi pilihan ditangan anda BERUBAH atau REBAH

0 comments:

Post a Comment