SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Pertarungan yang tidak perlu...

Dalam pakatan rakyat diisi dengan 3 parti tunjang PKR PAS dan DAP, antara mereka sudah ada pertarungan siapa yang lebih dominan diarena pakatan rakyat, dalam diam diam ada komponen yang mengakui merekalah yang dominan, ada komponen lain juga mengistiharkan yang sama semuanya saling tunjuk menunjuk dominasi dalam politik.

Tidak dinafikan masing masing mempunyai pengaruh dan ciri ciri pilihan rakyat yang menentukan sokongan kepada PR. DAP akan mengatakan tanpa sokongan bukan Melayu dan bukan Islam PR tidak dapat memerintah Malaysia. PAS juga jika tidak kerana UNDI Melayu PR juga tidak akan hidup bernafas. PKR merasakan mereka mempunyai peluang diantaranya, mereka berkongsi harapan mereka yang kuat. Mereka sebenarnya berkongsi kekuatan bukannya persaingan membezakan kekuatan yang ada.

Perkongsian ini akan menjadi kan mereka lebih kuat dan bertenaga, persaingan menunjukan siapa lebih kuat dan dominan akan melemahkan ikatan PR.

Jadi ingatlah rakyatlah yang paling kuat, jangan perasan. Kami melihat dan mendengar dengan baik.

0 comments:

Post a Comment