SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Masa untuk selak sana selak sini.

Hang selak aku, aku selak hang, habis semua terselak, tak mahu kat anak cucu..kelaku orang tua, tak malu langsung.

Yang tukang kencing, kencing rata rata, hancing la woi. Yang tukang ketuk ..ketuk sampai lempeng hammer tu..apa hai ni? Ooo nak ngundi punya pasai. Lagu tu ka jadinya?.

Awat ampa ingat rakyat bodo ka?...hang nak kelentog pun kelentonglah, nak jadi YB punya pasai kelentong dah jadi menu harian. 

Masa ni depa dok haraplah, kutu kutu dok pasang poster depa, pasang banner, pasang itu dan ini. Depa kat depa keja tak dak imbuhan ikhlas, penat memang penat, tak tidoq tak makan, calon kadang rilex ja...yang dok berhujan berpanas tu tu sapa nak jaga kebajikan depa. Kalaulah depa jatuh pokok ka..sapa nak tanggung.

Aku adala kawan sorang, dah berumor pun, lagi dok menderita sebab effect urat saraf, dia eksiden masa kempen dulu, dialah orang yang paling rajin, lani mata dia kelabu, tak leh nak kerja. Sorang orang politik ka, YB ka...tak pi jengok pun.  Aku jadi meluat dengan dengar cerita macam ini. Orang politik cakap berdekah dekah..bab nak buat, batang hidung tak dak.

Bila depa ni nak cakap tapi bikin...sebab itulah Malaysia dok lagu tu..ampa pikiaq la sendiri.

0 comments:

Post a Comment