SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Nujum...politik

Aku tak mahu ada yang tak lalu makan nanti, apa pun ulasan sebelum hari mengundi 7hb dibuat lebih menarik. Kalau tidak tepat pun tidak mengapa.
Batang Ai. Susah nak menang bagi PR, sebab banyak alasan terbaru mana boleh SPR boleh keluarkan arahan kata 14 peti undi perlu dikira ditempat penjumlahan. Walhal kaedah biasa adalah mengira di tempat pembuangan undi, lepas undi dikira keputusan peti undi tersebut dicatat diborang 13 tidak silap saya, semua ketua peti undi dan pegawai SPR menjadi saksi dan menanda tangani borang tersebut. Semua wakil parti akan menjadi saksi dan juga menanda tangani borang tersebut. Kertas undi yang dikira dimasukkan semula kedalam peti undi dan dimaterai semula. Dimasukkan kedalam karung besar dan dibawa ke pusat penjumlahan undi. Jika benar SPR ingin membuat perubahan ini, sudah tentu akan ditentang oleh semua pihak kecuali parti yang mahukan mereka menang dengan cara kotor.

Bukit Gantang kemenangan agak nipis, atau hampir sama seperti keputusan dahulu. Namun apa yang berlaku sekarang ini cuma wayang saja, mereka telah membuat keputusan dari awal lagi. Yang menjadi kecoh cuma bukan pengundi, petugas dan jentera yang datang dari luar untuk membantu, selainnya tidak ada apa yang hendak dijadikan masalah. Kaum Cina terutama sekadar mengisi masa kempen , mereka juga sudah mengenal pasti calon mana yang mereka akan undi.
Masalahnya peratus pengundi luar akan berkurangan disebabkan hari mengundi adalah SELASA, mana mungkin mereka hendak bercuti sehingga 2 hari.
Apa pun bagi PAS mungkin mereka sudah biasa dengan tawakalnya. Terserah.

Bukit Selambau - wow tempoh mengira kertas undi mungkin mengambil masa dan jumlah undi rosak juga akan bertambah. Mana kan tidak kerana setiap saluran akan perlu menyediakan 15 bekas untuk dimasukkan undi, tidak termasuk undi rosak dan undi ragu. PKR akan menang nipis di Bukit Selambau, namun corak kempen tidak melihatkan limpahan yang melampau disetiap ceramah. Pengunjung ceramah sekitar 3000-5000 adalah biasa. Kita tidak melihat kunjungan melebihi 10,000, walau jumlah pengunjung tidak mencermin 100% kepada keputusan peti undi, namun ia boleh dijadikan faktor sampingan. PKR menang bawah 500.

0 comments:

Post a Comment