SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Mengundilah dengan bijak.

Kita bukan mengundi kerana orang lain, kita mengundi untuk memilih pemimpin yang kita perlukan, pemimpin yang boleh amanah dengan amanah yang akan diberikan. Atas dasar apa kita memilih pemimpin? Kalau pengundi bijak, akan diberikan pemimpin yang bijak. Jika kita orang Islam, kembalilah kepada tuntutan Islam untuk memilih pemimpin.

Aku cuma menentang politik kepartian, kerana tiada parti yang sempurna. Jadi masing masing ada sebab kenapa tidak layak dipilih dan untuk dipilih, bukan untuk memilih BEBAS, tapi pilihan untuk tidak memilih. Habis jika tidak pilih macamana? Aku baca macam ini, kalau terpilih pemimpin yang membuat kerosakan macamana? Masalahnya kita tiada pilihan. Yang daftar mengundi dok sibuk mengundi, yang tak daftar tak sibuk pun. Jadi mengundi sekarang ini macam AF aje. Tak lebih daripada itu.

Mengundilah kalau nak, dok rumah kalau tak nak. Habis cerita.

0 comments:

Post a Comment