Budaya mengimport, apa kekurangan kita?
Dari dulu kita sudah pandai mengimport, jika dulu Melayu begitu rajin dan mengetahui kelebihan mereka kita tidak akan mengimport, apa antara yang diimport?
1) Selain dari barang dagangan memanglah itu perlu
2) Mengimport rakyat asing, dulu kita import India untuk jadi buruk di ladang, import Bangsa Cina untuk bekerja dilombong. Zaman IT pun kita import pakar pakar India balik duduk di Cyberjaya silicon valley kita nun. Kita mengimport pakar pakar dari barat US dan lain lain.
3) Kita sering juga mengimport BUDAYA orang, saya menerima email tentang asal usul tarian poco-poco. Saya memfokuskan budaya mengimport budaya ini.
Persoalannya : Apa kurang budaya kita sehingga kita mahu mengimport budaya orang?. Apa perlu kita ada kementerian yang menjaga akan budaya dan warisan jika ia tidak dapat digembleng memantapkan warisan kita?. Benar kita datang dari pelbagai budaya dan adat.
Adakah kita sudah jelas IDENTITI kita sebagai rakyat Malaysia yang mewarnai siapa diri kita sebenarnya. Mana identiti kita?. Sebab itu rakyat Malaysia sudah hilang jati diri mereka. Kerana mereka sendiri tidak mengenal diri mereka sebagai rakyat Malaysia.
Apa yang memburukkan bangsa Malaysia ini adalah menerapan budaya asing dalam jiwa rakyat Malaysia, anak mudanya diterapkan dengan budaya sub culture yang merosakkan. Budaya barat, budaya budaya import ini langsung tidak ada makna dalam maksud pembangunan jati diri Rakyat Malaysia.
Kesimpulan : Seharusnya penekanan kepada BUDAYA MALAYSIA dimulai dengan sistem pendidikan kita, apa cukup sistem pendidikan kita menanam sifat tahu, cinta dan amali budaya kita yang pelbagai ini. Sudahkah kita mempunyai kerangka pendidikan budaya antara ciri ciri jati diri dan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang dikatakan 1Malaysia jika rakyat tidak mengenali siapa diri mereka sebenar. Apa itu 1Malaysia jika rakyatnya pelbagai dan caca merba budayanya, lebih bobrok jika mereka menjadi bangsa ikut ikutan saja. Mudah diperkotak katikan dan diterubuk kekuatan dalamannya.
Note : Tarian poco-poco bukan budaya Malaysia.
0 comments:
Post a Comment