SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

BN gelabah, tapi tak pa MEDIA mereka boleh buat kerja.

3M - Media, Machinery, Money
Setelah sekian lama, BN menguasa ketiga tiga komponen asas ini, namun sedikit sebanyak ia makin rapuh untuk terus diwarisi.

Money : Mengikis sedikit demi sedikit, sekurang kurangnya dengan 4 negeri dibawah pakatan rakyat, keteresan sumber ini makin dikurangkan.

Machinery : Begitu mantap dulunya, kini ia makin lemah Agensi Kerajaan kekadang sendiri membuat sabotaj dengan menjalankan kerja ala kadar, mereka kini lebih professional dalam melaksanakan amanah rakyat dan sebahagiannya tidak mahu mengambil perkiraan politik atau desaan orang politik kecuali mereka yang dilantik atas sebab politik. Masih ramai yang boleh digunakan untuk komponen yang pertama tadi.

Media : Walau apa yang berlaku MEDIA masih digunakan sehabisnya, media kebanyakkan menyelamatkan maruah BN, dimana mana media menjadi hakim kepada kebobrokan BN, rakyat mudah dikelirukan dan rakyat tolol masih bertuhankan media kurap dari BN ini.

Kini....media juga makin terpinggir, internet mengambil alih tempat rujukan maklumat, rakyat makin faham sedikit demi sedikit, pengaruhnya membesar sehingga media ortodok BN makin tersepit, hakikatnya jika semua komponen BN ini diasingkan, BN hanya tinggal cawat.

wasallam

0 comments:

Post a Comment