Sampai bila, politik dimana mana....
Didada dada akhbar, internet news portal, TV penuh dengan berita politik, jika dilihat secara penbandingan Malaysia ini keterlaluan dalam berpolitik. Hampir semua channel memuatkan berita politik zaman malam. Apa kesudahan?.
Siapa yang akan melihat masalah remaja, masalah belia, masalah kesihatan dan pandemik terbaru H1N1, soal masalah sosial, soal masalah kemiskinan, soal masalah jenayah, dll masalah yang perlu menjadi senarai pendek yang utama dalam sistem pentadbiran negara. Ini tidak berlaku.
Asas asas dasar masih sukar difahami, malah usaha membodohkan rakyat berterusan, menyebabkan sebahagian menjadi terlalu bebal untuk menerima perubahan. Ahhh...bosan denagn karenah mereka ini.
Sebab itu kita melihat ramai sekarang mencari hiburan alternatif, suasana malam yang menggamit anak muda, mereka tidak diberi perhatian, orang tua tentu sibuk dengan kerjaya mereka, pemimpin sibuk berpolitik. Anak muda berpeleseran tiada yang peduli.
Malaysia terus kebelakang, mundur atau gostan memanjang, harapkan sukan pun selalu kecundang, indek-indek antarabangsa terus menjunam, prestasi Universiti terus merosot. Apa nak jadi.
Kadar pengangguran makin bertambah, terkontang kanteng graduan mencari kerja. Ahhh...bosan sampai bila.
0 comments:
Post a Comment