SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

1 Ogos ini


Sebuah analogi...

Esok dah nak perhimpunan Mansuh ISA. Ramai orang yang bercakap mengenainya. Bertahun-tahun usaha memansuhkannya dan ini kemuncaknya.

Aku pula di kemuncak jalan karierku. Aku takut.jawatanku bersandar di belakangku. Bagai ada bayang-bayang menghantuiku.

Tapi aku pimpinan.Ahli bertanya. Ada yang bertanya mobilisasinya, kaedah dan aturannya. Aku merujuk Quran.Beberapa ayat yg menerjah ke telingaku berratus kali sejak dulu.

"Hai orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (QS 9:38)

Aku belek lagi, ayat ni pun berratus kali juga..

"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS 9:39)

Aduuhhh....jumpa lagi

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalann Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (QS 9:41)

0 comments:

Post a Comment