SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Hikayat


Hikayat Sang Maharaja Dermawan

Maka gegakgempitalah tepukan dan berhamburlah puji-pujian yang melangit apabila Sang Maharaja menitahkan dianugerahkan secebis dari khazanah kepada hamba rakyat.Maka para sida-sida yang telah dikembirikan pun terus mencanangkan betapa Sang Maharaja begitu bermurahhati kepada rakyat sehingga begitu sekali berkorban sempena tiga purnama naik takhta.
"Lihatlah pengorbanan Sang Maharaja demi untuk rakyat.Lihatlah betapa simpati dan caknanya Sang Maharaja kepada rakyat sehingga kekayaan di limpahkan kepada rakyat",demikianlah tutur Sida yang menjaga hal ehwal tetuang udara dan peti gambar yang dulunya pernah membakar jambatan.
"Limpah kurnia Sang Maharaja kepada rakyat adalah bukti betapa rakyat didahulukan,"ujar Sida yang setiap kali bercakap bersemburan air liur kerana kontot lidahnya.Sida ini menjaga hal ehwal keselamatan negeri adanya.
"Sahaya begitu kagum kepada ke-pemerintah-an Sang Maharaja kerana memang bijaksana lagi bijaksini.Tiada duanya di alam ini.Sang Maharajalah pemimpin ulung bangsa yang mementingkan kebajikan rakyat,"ucap mantan Sida dengan tersengih-sengih sambil memandang kamera.Mantan Sida ini baru-baru ini dikatakan membina mahligai di kayangan dengan ongkos berlaksa-laksa yang melampaui gajinya.
Begitulah antara komen para Sida yang sempat di catatkan.Manakala para tukang canang ampusini ampusana pun apatah lagi bergerobak ditulis diatas daun lontar diedar kepada seluruh rakyat jelata betapa kasih dan sayangnya Sang Maharaja kepada rakyat sehingga sanggup berkorban menganugerahkan hadiah.
"Sang Maharaja Pemurah",terpampang aksara yang besar-besar diatas daun lontar terbitan tukang canang yang daun lontarnya sudah tidak laku dijual.
"Anugerah kepada rakyat:lambang Sang Maharaja mendahulukan rakyat",begitulah ayat diatas daun lontar tertulis oleh Warta Harian Daun Lontar.
Manakala para pendita dan mahaguru di Pusat Pertapaan Tertinggi dengan gahnya memberikan komentar dengan menggunakan bahasa yang cukup tinggi lagi berpuisi memuji dan memuja akan ke-dermawan-an Sang Maharaja yang tiada tolok bandingnya.Tiadalah duanya akan Sang Maharaja di mata para pendita dan mahaguru itu yang sesetengah orang disamakan dengan kangkung jua adanya.
Khabarnya akan anugerah itu akan di uar-uarkan lebih dari 44 hari;khabarnya akan senantiasa di senandungkan akan anugerah khazanah itu hingga ke Majlis Pencak memilih wali negara yang baru 3 tahun lagi.
Malah khabarnya telah diturunkan titah kepada semua jabatan seantero negeri untuk senantiasa memainkan lagu ini buat mengingatkan rakyat betapa hambarakyat tiadalah punya pilihan melainkan berterimakasih dan bersyukur kepada Sang Maharaja adanya.
Para kuwala yang berkerja dengan Jabatan Kemajuan Untuk Masyarakat Bahagia atau ringkasnya KUMBAH yang gajinya dibayar dari wang rakyat tetapi bekerja semata-mata untuk Sang Maharaja juga telah diarahkan untuk berterusan meng-kelong rakyat betapa perlu berterimakasih kepada Sang Maharaja.
Arakian baru-baru ini menurut cerita sahibul hikayat,adapun seorang lagi Sida yang menjawat jawatan Tukang Palu Mendongeng atau ringkasnya TPM yang juga orang nombor dua selepas Sang Maharaja dengan penuh semangat sehingga terlondeh simpai kain pelikatnya menyeru dan meng-kelong rakyat betapa murah hatinya Sang Maharaja melimpahkan anugerah kepada rakyat,rakyat patut bersyukur dan berterimakasih,betapa puak yang satu lagi yang di kenali sebagai Pembela Rakyat,ringkasnya PR tiada ia berkemampuan memberi anugerah sebesar itu.

cerita selanjutnya di http://lanailestari.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment