SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Anwar sanggup kembali ke Sg Buloh, siapa pula yang sanggup dijalan selepas ini?




8 Julai menentu susur jalur baru perjalanan PM in Waiting Malaysia. Anwar mengatakan kesanggupannya kembali ke Sg Buloh, namun persoalan timbul, jika dulu ratusan ribu menyahut seruan kejalanan, kini adakah suasana akan sama?.


Kumpulan reformis dilihat kumpulan yang radikal. Ini potret yang dipaparkan oleh BN selama mereka mengenal reformis ini adalah musuh mereka. Malah ketua reformis yang terawal sudah tewas dan kembali kepangkuan mereka.

Saki bagi reformis terus dianak tirikan atau tidak diambil pusing. Ya seperti orang selepas makan kenduri apa peduli mereka siapa yang sembelih lembu, rewang, mencari kayu api untuk kawah berasap (kampong stail laa...). Selepas kenyang balik kenduri, penganti pun senyum, tuan rumah senyum. Sudah. Reformis ini umpama mentara ditempat kenduri. Kekadang kerjanya dari awal kenduri sampai habis majlis kenduri itu. Dari memesang khemah sampai peturun khemah mereka juga. Upahnya?. Makan free, awal masa rewang kopi ngan biskut saja. Masa kenduri tuala "good morning" dengan terselit kat bunga baju (panggil apa? ) duit RM5.00 kekadang seringgit je. Sekarang orang sudah tidak pakai jasa jasa tukang rewang dan mentara ini. Semua sudah pakai "buffet" dan setiap meja sudah ada yang mengawal pakai baju hitam putih. Kerjaya mentara dan perewang masa dulu sudah pupus. Mungkin juga reformis ini akan pupus seperti sejarahnya perewang ini.

Persoalannya adakah reformis ini akan diganti "si baju putih hitam", selepas ini?

Lu fikir la sendiri.....

0 comments:

Post a Comment