SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Swine influenza - Kenapa Islam mengharamkan Babi?



Swine influenza (also called swine flu, Mexican flu, hog flu, and pig flu) is an infection of a host animal by any one of several specific types of microscopic organisms called "swine influenza virus". In 2009 the media labeled as "swine flu" flu caused by 2009's new strain of swine-origin A/H1N1 pandemic virus just as it had earlier dubbed as "avian flu" flu caused by the recent Asian-linage HPAI (High Pathogenic Avian Influenza) H5N1 strain that is still endemic in many wild bird species in several countries.

A swine influenza virus (SIV) is any strain of the influenza family of viruses that is usually hosted by (is endemic in) pigs.[2] As of 2009, the known SIV strains are the influenza C virus and the subtypes of the influenza A virus known as H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3. Swine influenza is common in pigs in the United States (particularly in the midwest and occasionally in other states), Mexico, Canada, South America, Europe (including the United Kingdom, Sweden, and Italy), Kenya, and eastern Asia (namely China, Taiwan, and Japan).[2]
Transmission of swine influenza virus from pigs to humans is not common and does not always cause human influenza, often only resulting in the production of antibodies in the blood. The meat of the animal poses no risk of transmitting the virus when properly cooked. If transmission does cause human influenza, it is called zoonotic swine flu. People who work with pigs, especially people with intense exposures, are at increased risk of catching swine flu. In the mid-20th century, identification of influenza subtypes became possible, which allows accurate diagnosis of transmission to humans. Since then, fifty confirmed transmissions have been recorded. Rarely, these strains of swine flu can pass from human to human. In humans, the symptoms of swine flu are similar to those of influenza and of influenza-like illness in general, namely chills, fever, sore throat, muscle pains, severe headache, coughing, weakness and general discomfort.
The 2009 swine flu outbreak in humans is due to a new strain of influenza A virus subtype H1N1 that contains genes closely related to swine influenza.[3] The origin of this new strain is unknown. However, the World Organization for Animal Health (OIE) reports that this strain has not been isolated in pigs.[4] This strain can be transmitted from human to human,[5] and causes the normal symptoms of influenza.[6]
Pigs can become infected with human influenza, and this appears to have happened during the 1918 flu pandemic[citation needed] and the 2009 swine flu outbreak.[citation needed]

Adakah anda akan bersama lagi? Bersediakah?



Anwar sanggup kembali ke Sg Buloh, siapa pula yang sanggup dijalan selepas ini?




8 Julai menentu susur jalur baru perjalanan PM in Waiting Malaysia. Anwar mengatakan kesanggupannya kembali ke Sg Buloh, namun persoalan timbul, jika dulu ratusan ribu menyahut seruan kejalanan, kini adakah suasana akan sama?.


Kumpulan reformis dilihat kumpulan yang radikal. Ini potret yang dipaparkan oleh BN selama mereka mengenal reformis ini adalah musuh mereka. Malah ketua reformis yang terawal sudah tewas dan kembali kepangkuan mereka.

Saki bagi reformis terus dianak tirikan atau tidak diambil pusing. Ya seperti orang selepas makan kenduri apa peduli mereka siapa yang sembelih lembu, rewang, mencari kayu api untuk kawah berasap (kampong stail laa...). Selepas kenyang balik kenduri, penganti pun senyum, tuan rumah senyum. Sudah. Reformis ini umpama mentara ditempat kenduri. Kekadang kerjanya dari awal kenduri sampai habis majlis kenduri itu. Dari memesang khemah sampai peturun khemah mereka juga. Upahnya?. Makan free, awal masa rewang kopi ngan biskut saja. Masa kenduri tuala "good morning" dengan terselit kat bunga baju (panggil apa? ) duit RM5.00 kekadang seringgit je. Sekarang orang sudah tidak pakai jasa jasa tukang rewang dan mentara ini. Semua sudah pakai "buffet" dan setiap meja sudah ada yang mengawal pakai baju hitam putih. Kerjaya mentara dan perewang masa dulu sudah pupus. Mungkin juga reformis ini akan pupus seperti sejarahnya perewang ini.

Persoalannya adakah reformis ini akan diganti "si baju putih hitam", selepas ini?

Lu fikir la sendiri.....

Adakah 98 sama seperti 2009?

Nostalgia Reformasi 1998: Mungkin Berulang?

1998; Kes Pemecatan Dato Sri Anwar Ibrahim dan tuduhan liwat terhadapnya.

Saya bukanlah peminat Dato Sri Anwar Ibrahim, tapi kezaliman bukan jalan penyelesaiannya.

reformasi.jpg

Ketika zaman reformasi 1998, saya berada di tahun satu Pusat Matrikulasi UIAM, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (sekarang sudah ditukar kepada Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan).

Ketika itu UIAM dikatakan tempat rekrut “orang-orang Anwar”. Ramai teman-teman mahasiswa pusat matrikulasi UIAM yang turut terlibat di dalam demonstrasi reformasi. Cerita-cerita “kena kejar polis”, “disimbah air asid”, “membaling botol”, menjadi bahan bualan apabila bersembang bersama-sama mereka yang pulang daripada berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Saya tidak turut serta bersama mereka kerana saya bukanlah peminat dengan Anwar Ibrahim dan reformasi. Namun, isu-isu sekitar reformasi dan kes pemecatan Anwar Ibrahim menjadi tumpuan utama apabila membelek dada-dada akhbar dan melayari internet.

reformasi2.gif

Rentetan daripada itu, reformasi menjadi semakin rancak lebih-lebih lagi apabila Anwar ibrahim ditangkap dan dihumban ke dalam penjara dengan penghakiman yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Diikuti pula demonstrasi-demonstrasi mendesak Dato’ Sri Dr Mahathir (sekarang Tun) meletak jawatan daripada jawatan PM. Antara tempat tumpuan demonstrator-demonstrator ini adalah Masjid Ar-Rahman yang terletak tidak sampai 1 kilometer daripada tempat saya belajar. Di sini, saya turut serta. :)

Masjid Ar-Rahman kini menjadi kenangan terindah lokasi paling strategik untuk berdemonstrasi. Sudah lama saya ke sana, lebih-lebih ia menjadi lesu apabila pembinaan ‘kontroversi’ Kerinchi Link yang berjaya mematikan nyawa “demonstrasi” di masjid tersebut. Bila agaknya ia akan kembali hangat?

demo-kerinchi.gif

Akhbar Harakah pula menjadi akhbar alternatif berbanding Berita Harian dan Utusan Melayu. Ia menjadi tumpuan dan seringkali kehabisan jualannya di kedai Pak Din “Hancur”, di masjid Ar-Rahman. Sekarang, Pak Din “Hancur” sudah kembali ke rahmatullah. Tidak pasti pula sama ada kedai berkenaan masih wujud atau tidak.

Selain Harakah (yang ketika itu diterbitkan dua kali seminggu), majalah Tamadun turut mendapat sambutan hangat. Sekarang penerbitan majalah berkenaan telah tamat (atau ditamatkan?). Muncul juga bahan-bahan bacaan alternatif seperti Akhbar Ekslusif (terbitan Karangkraf), majalah Detik, majalah Wasilah (diterbitkan Lutfi Othman). Semua sudah tinggal kenangan.

Ketika itu internet baru mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Laman-laman web pro-reformasi muncul bagaikan cendawan selepas hujan, seperti Mahazalim, Mahafiraun, Mindarakyat, Marhean, Anjung Reformasi dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa laman web yang masih diingati).

keny-reformasi-rogers.gif

Tidak ketinggalah buku kontroversi “Shit” karangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, menjadi rebutan ramai malah diulang cetak dan dicetak rompak.

Dalam pada itu, nama-nama seperti Roslan Kassim, Marina Yusoff, Rahim King, Ezam Mohd Noor, Christopher Fernandaze, Chandra Muzaffar dan lain-lain pula muncul menjadi pasukan pembela pemecatan Anwar Ibrahim dan penggerak gerakan reformasi. Selain Mahathir, yang mendapat gelaran Mahazalim dan Mahafiraun, mucul juga watak-watak antagonis lain seperti Augustine Paul, Umi Hafilda, Munawar Anes, Azizan Abu Bakar, dan ……. Oh, saya hanya ingat empat nama ini sahaja.

2008; Tuduhan Liwat Kali Ke-2.

Andainya reformasi kali ke-2 berulang lagi, saya masih bukan peminat Dato’ Sri Anwar Ibrahim, namun kezaliman bukanlah jalan penyelesaian.

Pastinya saya dan rakyat Malaysia akan tertunggu-tunggu:
- Bagaimana starategi yang akan dilakukan oleh SB untuk menangkap Anwar ibrahim?
- Bila Anwar akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan?
- Siapa hakim untuk membicarakan kes Anwar Ibrahim? Jika dahulu watak ini dipegang oleh Augustine Paul.
- Bagaimanakah pula rupa bentuk tilam Saiful Bukhary Azlan yang akan dibawa masuk ke dalam mahkamah?

anwar2.jpg

Nota Kaki: Ketika entri ini ditulis, Anwar Ibrahim masih belum ditangkap.

http://afyan.com/ver1/?p=214


Menanti hari tua


Selalu memikirkan bagaimana hari tua kita nanti, adakah kita bersedia bertemu Allah s.w.t yang mencipta kita.

Hah menulis lagi?

Kebelakangan ini agak sibuk, blog pun tidak teratur lagi, setelah diringkaskan...mungkin ada sedikit perubahan nanti.

Senyummm