SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Jadi JANGAN HARAP GANTUNG POSTER dan CERAMAH saja.

Seiring dengan keadaan politik dan kemajuan sekarang, pilihanraya dibuat dengan cara yang lebik kompleks, malah ia bukan sekadar menampal poster, bendera, rumah ke rumah dan ceramah. Seperti yang difahami bukan semua itu ditolak sama sekali tetapi membaca kepada faktor kemenangan satu satu calon atau parti itu bergantung dengan pelbagai.

Dari satu sudut sepatutnya masing boleh membuka mata dengan melihat kenapa satu tempat itu yang bertanding sampai 15 orang?. Ini semua strategi, tidak kurang juga sekadar melepaskan geram. Lebih mulia melepaskan geram dengan masuk bertanding dengan menang lepas tu lompat parti.

Masih menggunakan corak lama akan menghasilkan keputusan yang sama, ya memang kita hendak keputusan lama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, mungkin di Batang Ai ada sedikit perbezaan yang diperlukan. Jauh.

Apa yang sebenarnya kita perlukan? Pengundi. Siapa pengundi itu? Dimana pengundi itu?  dan disebalik pengundi siapa yang yang mengolah pengundi adalah dikalangan pegerak kempen. Pengundi dan pengerak kempen adalah sama penting, dalam gerak perak semboyan dialunkan bagi menaikkan semangat soldadu soldadu, "war cry" apa yang kita laungkan? Didalam masa yang sama pengundi makin bijak, maklumat juga boleh diakses dengan pelbagai cara, adakah kita sudah dominankan kesemua saluran itu?. 

Pengundi kita perlu kuantiti, tapi pengerak kita perlukan kualiti. Dimana kualiti itu dinilai adalah kepada bilangan pengerak yang sedikit dapat meraih bilangan pengundi yang lebih ramai. Dalam senario politik juga mahu diperlihatkan dan diperagakan siapa kuat, bukan lagi siapa benar. Mereka berkempen seakan beradu siapa kuat. Bukan siapa yang paling benar, jujur dan ikhlas. Kejujuran dan keikhlas mudah terjerumus keceruk kepuraan puraan serta hipokrasi.  

Kategori pengundi pun banyak, setiap kategori perlu disasarkan secara mikro. Menjurus serta fokus. Pengundi muda, golongan pekerja yang ramai terjejas dengan ekonomi yang merundum, Sg Petani Selatan juga terkenal dengan industri. Tergolong juga pengundi yang tersembunyi kerana tidak berada di kawasan mengundi semasa tempoh kempen. Mereka ini amat sukar dikesan, malah ramai yang mudah menganggap mereka ini pengundi hantu. 

Tertarik juga dengan idea memujuk serta bercakap dengan calon calon bebas ini supaya beralih angin lebih awal atau menarik diri awal. Kerana walau sejarah calon bebas boleh menang dalam keadaan satu lawan satu, tapi ini sudah 13. Amat mustahil jika tiada yang hilang deposit nanti. Jadi bagaimana menanganinya.

Di Bukit Gantang ada petugas yang sengaja menghebahkan bilangan beberapa bilik gerakan BN yang sunyi dan kosong, siap dengan gambar, Ini satu peperangan psikologi yang bagus. Tindakan Calon PR mengunjungi bilik bilik gerakan BN juga satu tindakan yang tepat. Ini keran petugas mereka perlu di runtuhkan moral dan semangat mereka dengan lebih awal atau paling tidak menggambarkan mereka tidak ada harapan untuk memang. Secara psikologi mereka akan merasa tidak perlu membuat kerja lagi. Ada pimpinan yang bermain dengan ulasan ulasan yang memancing petugas parti. Jentera ini perlu dilumpuhkan sebelum mereka pergi berperang. Mereka perlu digambar satu peperangan yang sengit dan ngeri dihadapan. Hanya pejuangan yang bersemangat sahaja mampu mengharunginya. Seperti yang kita faham semangat parti lawan hanya pada wang, jadi faham fahamlah cara mengatasinya.

Hari ini juga seorang pimpinan MCA menaruh harapan nipis di Bukit Gantang, serta memuji jentera kempen PR, usah termakan dengan pancingan itu pujian juga membunuh. Jadi anda faham mainan media serta ulasan ulasan baik di MSM juga diinternet.

Rakyat dibelakang kita, kalau tidak kena gaya pun sukar kita hendak menang. Sejarah PRK PENDANG masih dalam ingatan.

Dalam banyak senarai pengundi, pengundi wanita adalah lebih ramai. Apakah langkah menangani pengundi wanita? 

Menyelinapkan unit unit khas dalam bilik gerakan lawan, jentera kempen mereka perlu diadakan, sumber maklumat adalah penting. Bukan sukar ini dilaksanakan, jadi anda perlu tahu apa yang perlu difokuskan...Jangan syok sendiri dalam berkempen atau stereotype.

Jadi JANGAN HARAP GANTUNG POSTER dan CERAMAH saja.

Adios

1 comments:

  1. Anonymous said...
     

    terima kasiihhhhhh...bloggers umno
    Aku terima berita gempaq. Pagi kelmarin aku buat satu eksperimen. Kebetulan aku dapat senarai pengundi atas pagar di tujuh peti undi (daerah mengundi). Tapi nama peti undi tu rahsia laa. Dalam senarai tu siap ada maklumat peribadi. Alamat, pekerjaan, tempat kerja, nama isteri/suami, nama anak menantu yang layak mengundi dan satu dua perkara lagi. Yang bestnya, siap ada nama-nama petugas yang sesuai untuk approach pengundi-pengundi tu.

    Aku pilih 30 pengundi dan 24 petugas. 18 petugas masing-masing menguruskan satu pengundi. 6 petugas masing-masing urus 2 orang. Fuh! macam pegi perang wo!

    Semua 30 pengundi tu berumur antara 49 hingga 52 tahun. Lahir lebih kurang merdeka laa. 17 guru, 6 bekas tentera, 4 kakitangan kerajaan dan 3 peniaga. Aku pilih nama-nama tu sebab percaya depa tentu ada pengaruh sikit-sikit.

    Aku gunakan 1 set bahan yang aku print-out dari laman blog. Bukan dari blog aku, tapi dari blog Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari dan satu dua rakan gerombolan BPN.

    Hasilnya ... marvellous!

    Aku pesan pada petugas-petugas, bila jumpa pengundi tu jangan terus lagang cerita Bukit Gantang. Ceritalah apa pun selain politik P.59. Cerita murtabak ke, cerita tayar kereta ke. Apa-apalah. Aku yakin dua tiga minit kemudian diorang sendiri yang akan bukak cerita Bukit Gantang. Bila diorang bukak, sambut laa. Tapi jangan hentam UMNO dan jangan penaik PR. Goreng-goreng je ikut rentak. Bagi can (chance) empat lima minit, lepas tu buat-buat terkejut ada barang baik kat dalam kereta atau dalam raga/bakul motosikal. Ambik kertas-kertas tu bagi pengundi atas pagar tu tengok (dan baca).

    Tau ke apa jadi?

    26 confirmed undi PAS-PR. 3 belum pasti. 1 tak dapat ditemui. Memang marvellous! Tau apa sebabnya? Alkisah begini ceritanya ...

    Mengikut maklumat yang aku terima tu, 30 pengundi ni jenis tak ambil pot tentang politik. Tak nampak gaya pun jadi ahli mana-mana parti. Tapi diorang ni memang komit dengan masyarakat ikut bidang masing-masing. Misalnya yang cikgu-cikgi tu memang rajin dengan program bimbingan dan motivasi pelajar. Yang kakitangan kerajaan tu pulak jenis yang aktif sukan. Yang berniaga tu selalu menderma untuk program kemasyarakatan. Cuma diorang ni tak mau join politik parti. Undi tak tau le pulak kemana peginya.

    Oleh kerana tak minat politik parti maka diorang ni tak pernah layari laman web atau blog politik. Blog cyberboron diorang tak layan, blog perak bangkit pun diorang tak hingin. So diorang tak tau lah macam mana perangai orang politik BN atau PR di pentas cyber.

    Bila diorang baca ayat-ayat power perak bangkit & the gang, terbeliak bijik mata. Ish ish ish! sampai lagu ni punya main politik noo ... kata cikgu berumur 52 tahun. Pendek cerita, petugas kemudian ambik laptop dari dalam kereta, on broadband dan bagi cikgu tu tengok sendiri blog perak bangkit, parpu kari, gomo dan PPC. Mengucap panjang cikgu tu.

    Petugas pun ayat la sikit. Dengaq cerita depa ni makan upah. Mai pilihanraya ni pun bunyi habaq dok Hotel Syuen Ipoh nuu. MB suruh dok situ bunyi kata. Tak tau la betui ka dak.

    Lagi sekali pendek cerita, lama-lama cikgu tu pulak tak boleh berhenti bersyarah. Tapi tak dak la dia maki hamun sapa-sapa. Sekadar meluahkan rasa kecewanya pada cara puak-puak tu. Ayat pi ayat mai, penutup ceritanya cikgu tu sendiri kata nak kena pi habaq kat kawan-kawan. UMNO ni melampau sungguh. Biaq kat depa, jahanam negara ni.

    Petugas tak kata apa-apa dah. Diam saja.

    Lagi 25 yang confirmed undi PR tu, ceritanya lebih kurang sama. Alhamdulillah. Terima kasih Perak Bangkit & The Gang! Terima kasih daun keladi.

Post a Comment