SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Saya tidak kejar material, kedudukan: Ibrahim

Saya tidak kejar material, kedudukan: Ibrahim

KUALA SELANGOR - Saya tidak mengejar material dan kedudukan di dalam parti seperti yang didakwa Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor dalam Sinar Harian,” kata bekas Ketua Penerangan Cabang Kuala Selangor, Ibrahim Mahidin.

“Apa material yang ingin saya kejar, sedangkan saya mempunyai sumber pendapatan sendiri melalui perniagaan yang saya miliki. Saya begitu kesal dengan kenyataan Naib Ketua Cabang yang mengatakan penamatan saya dan dua orang lagi adalah kerana hanya mengejar material dan kedudukan serta tidak selari dengan hala tuju kepimpinan.

Beliau yang memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Cabang PKR Kuala Selangor sejak 2004 lagi berkata, tidak tersinggung mahupun berkecil hati atas penamatan jawatan yang disandang sebaliknya terkilan dengan cara penamatannya yang tidak matang Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, Tan Sri Abdul Khalid.

“Saya akur dengan pemecatan ini kerana ia adalah bidang kuasa ketua. Tetapi memberi alasan bahawa kami tidak bertanggungjawab seperti yang disiarkan di muka akhbar adalah keterlaluan. Berikan bukti yang saya tidak mengikut dan tidak melaksanakan tanggungjawab kepartian?” soal beliau sambil menunjukkan dokumen-dokumen kegiatan parti yang disusun olehnya sebagai Ketua Penerangan.

“Abdul Khalid tidak memberikan sebab-sebab rasional kenapa saya ditamatkan jawatan, walaupun diperuntukkan di bawah kuasa beliau.

“Dalam parti, konsep musyawarah perlu diterapkan, di mana perlu diberi pembelaan yang adil, perlu di benar bercakap untuk membela diri. Dalam mesyuarat lalu, saya sendiri tidak diberi peluang oleh Abdul Khalid untuk bercakap dan membela diri.

“Berdasarkan kenyataan Prof Dr Razali, penamatan saya tidak selari dengan hala tuju kepimpinan. Di mana tidak selarian saya dalam parti yang beliau nampak sedangkan segala mesyuarat, program, kongres dan juga kempen pilihan raya saya hadiri. Kesemua ini sudah cukup menunjukkan taat setia saya kepada parti,” katanya.

Menurutnya, kegagalan mengadakan mesyuarat bukan kerana salah setiausaha sebaliknya kegagalan Abdul Khalid mengeluarkan arahan untuk mengadakan mesyuarat.

“Setiausaha hanya menerima arahan daripada Ketua Cabang sekiranya ingin mengadakan mesyuarat dan kegagalan mengadakan mesyuarat sejak November tahun lepas adalah berpunca daripada Abdul Khalid sendiri.

“Begitu juga dengan pelantikan Rahman Talib sebagai setiausaha yang baru juga dipertikaikan. Dalam mesyuarat Agong PKR 2007, sesiapa yang dilantik akan memegang jawatan secara penuh sehingga 2010. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan atas sebab kematian, tidak layak atau kurang upaya, dan meletak jawatan maka jawatan tersebut boleh diisi namun hanya sebagai pemangku sahaja sehingga 2010 di mana berlaku Mesyuarat Pemilihan Agung setiap tiga tahun.

“Saya dimaklumkan bahawa pelantikan Rahman Talib adalah sebagai Setiausaha bukannya sebagai Pemangku Setiausaha. Ini adalah tidak selaras dengan Perlembagaan parti.

“Saya melihat Abdul Khalid tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab sebagai Ketua Cabang kerana beliau gagal menerajui Cabang Kuala Selangor dengan baik,” katanya.

“Anda perlu fikir sendiri, jika dalam masa dua tahun sejak memimpin PKR Kuala Selangor, masih belum dibuka akaun parti di mana-mana bank, di manakah hebatnya kepimpinan Ketua Cabang Kuala Selangor sebagai ahli korporat yang hebat dan berpengalaman?

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Baharuddin bahawa memorandum mendesak pengunduran Tan Sri Khalid tidak mendatang apa-apa kesan, beliau menjelaskan bahawa dalam mesyuarat khas itu, ada dua opsyen undian dilakukan tanpa paksaan.

Opsyen pertama menurutnya, ialah mengambil ketetapan supaya Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang manakala opsyen Kedua ialah mengambil ketetapan supaya Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang, Ketua Perhubungan Negeri, ADUN Ijok dan Menteri Besar.

“Apabila undian dibuat, 12 menyokong opsyen pertama, manakala 15 menyokong opsyen kedua. Saya masih ingat antara yang menyokong opsyen pertama ialah Datuk Seri Prof Razali manakala Ketua AMK Faizal Baharudin menyokong opsyen kedua.

“Kami ada bukti rakaman video bahawa undian dilakukan tanpa paksaan malah berlangsung dalam suasana yang gembira dan ketua AMK amat berperanan.

“Samada ia berkesan atau tidak, diterima pakai oleh pucuk pimpinan pusat itu soal lain tetapi fakta tetap fakta,” tegas Ibrahim.

Seorang lagi AJK Cabang yang dipecat, Faizal Idris pula mempersoalkan kenyataan Naib Ketua Cabang PKR Kuala Selangor Datuk Seri Prof Dr Razali Bolhi bahawa dia berpengalaman dalam parti hampir sebelas tahun adalah satu pembohongan besar kerana beliau menjadi ahli PKR pada penghujung 2008.

“Kenyataan Prof Dr Razali mengundang pelbagai tanda tanya kerana nama beliau tersenarai sebagai salah seorang Naib Presiden SNAP sebuah parti politik berpangkalan di Sarawak melalui pemilihan parti pada 17 September 2007.

“Dakwaan beliau bahawa golongan tertentu dalam Cabang Kuala Selangor mementingkan perjuangan material dan kedudukan parti adalah seperti meludah ke muka sendiri.

“Ini kerana Datuk Seri Prof Dr Razali Bolhi yang sebenarnya yang berada dalam kedudukan berjawatan dan bersama Ketua Cabang yang sudah tentu mampu memberi kekuatan material kepada Datuk Seri Prof Dr Razali dan yang sewaktu dengannya. Lihat sahaja pada kad nama Dato’ Seri ini,” katanya.

Berasaskan kepada maklumat yang terdapat pada kad nama yang diberikan Dato’ Seri Professor Dr. Razali Bolhi adalah Ketua Unit Task Force MB Selangor, Urusetia Penyelaras PKR N12 DUN Jeram dan Naib Ketua Cabang Kuala Selangor.

“Jika saya mabuk jawa-tan , saya tidak akan kritik kepimpinan Ketua Cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Lebih baik saya berdiam diri atau menjadi “YES MAN” kepada Abdul Khalid. Saya mengikut aliran parti dan asas perjuangannya, bukan aliran individu. Tambahan pula, tindak tanduk Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam banyak perkara terbukti bercanggah dengan perlembagaan parti," katanya.

Sambil berfalsafah, Faizal menyeru kepada Dato’ Seri Prof. Dr. Razali supaya “mawas diri” dan melihat kembali akan kenyataan yang dikeluarkannya sambil berkias, “setiap perkataan ada tempatnya, dan setiap tempat ada perkataannya”.

0 comments:

Post a Comment