SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Wow Panjangnyer....

Pemuda DAP terlalu BIADAP


KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Di saat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam.
Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh.
Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam.
(Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna seperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
**************************************************************************************

RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com)

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009
It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.
By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.
Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.
By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.
As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.
DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.
Comments (2)
2 Comments »
Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.
Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” Plato
Comment by kn — August 6, 2009 @ 10:30
Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?
R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.
As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.
If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !
Wishing u and family miserable lives n deaths.
Comment by Tulan Chin — August 6, 2009 @ 11:31

Wednesday, August 05, 2009

'Bila Kacang Lupakan Kulit' oleh Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah.




















Bila Kacang Lupakan Kulit

(Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009) luahan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

"Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’.

Saya dituduh sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional.

Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.

Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya.

Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.

Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.

Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf.

Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar.

Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun.


Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?

Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.

Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah.

Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit.

Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita?

Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?

Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina.

Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias.

Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain.

Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya?

Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.

Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan.

Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.

Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi.

Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan.

Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’.

Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif.

Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?

Itupun nasib baik saya tidak ada rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain.

Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya.

Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini.

Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.

Saya hanya cuba mengatakan yang benar.

Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan.

Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam.

Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan.

Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa.

Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam.

Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung.

Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.

Saya menulis atas kebenaran.

Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan.

Saya tahu asal usul saya.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.

Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah.

Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud.

Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.

Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri.

Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.

Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu.

Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.

Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah.

Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?

Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana.

Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina.

Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam).

Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina.

Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China. Begitu juga di Indonesia. Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.

Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak berubah.

Orang Cina tetap dengan keCinaan mereka.

Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu.

Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu.

Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku.

Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah.

Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.

Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina.

Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu.

Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada Sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.

Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu.

Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu.

Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah.

Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka.

Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China.

Apakah idea ini tidak rasis?

Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis.

Jangan jadi seperti gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas.

Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia?

Apakah politik sebegini tidak rasis?

Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya.

Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945.

Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu.

Fakta ini salah dan menyeleweng.

Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina.

Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain.

Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

MPAJA adalah alat PKM.

Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.

Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?

Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan.

Apakah kerana saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?
Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis.

Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini.

Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini?

Tetapi kita ada :
  • Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA),
  • Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan),
  • Kolej New Era (Dong Jiao Zong),
  • Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.
Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis?

Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?

Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut.

Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini.

Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis?

Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia?

Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung.

Pada hemat saya, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.

Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang orang bukan Melayu.

Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.

Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar.

Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka.

Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.

Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan.

Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.

Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata.

Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB?

Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution.

Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya.

Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina.

Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama.

Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata?

Jawabannya tidak!

Banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya.

Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.

Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu.

Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia?

Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak?

Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu.

Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu.

Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu?

Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini?

Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi.

Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk.

Semua negara bermula dengan satu bangsa.

Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu.

Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya.

Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan.

Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa?

Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik?

Orang orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.

Bandingkan juga dengan Singapura.

Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina.

Adakah nasib Melayu Singapura terbela?

Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu?

Berapa ramai kah orang Melayu Singapura dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain?

Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu?

Orang Melayu Singapura merempat di bumi mereka sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?

Dalam isu Teoh Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela.

Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain.

Orang Melayu tidak hanya berada didalam PKR dan PAS sahaja!

Melayu juga ada didalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja.

Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Teoh Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.

Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin?

Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu individu tersebut.

Jangan pula agama mereka dipersalahkan.

Agama itu terlalu suci.

Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil.

Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO.

Apakah UMNO ini terlalu buruk?

Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain?

Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi?

Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali?

Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia.

Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah perbuatan segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan.

Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur?

Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit."

Catatan yang panjang...


TOLONG JAWAB....

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.


Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997): “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) : ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

(Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001) : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001) : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

(Dato’ Rais Yatim Jun 2001) : Mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.

Siapa yang robek wasiat ini? UMNO? BN?


'
Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'
Ogos 6, 09 5:43pm
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayuselain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungikedudukan istimewa orang Melayu danKepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena seminar antarabangsa legasi pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lalu, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibunegara, lapor Bernama. Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. "Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan. "Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda. Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi." "Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda. Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya. "Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda. Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah. "Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah. Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.


'Bukan memerintah cara samseng'
Ogos 6, 09 11:18am
"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah. Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara. "Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda. Raja Nazrin menyampaikan syarahannya berjudul "Imbued with Integrity, Endowed with Ethics: Foundation for Managing Malaysia through Enlightened Value-Driven Leadership" di Syarahan Tunku Abdul Rahman ke-25 anjuran Institut Pengurusan Malaysia malam tadi. Baginda menegaskan: "Jika kita berusaha untuk menyelesaikan pertikaian menerusi pemerintah samseng dan tidak mengikuti undang-undang, pertikaian kita tidak sesekali akan dapat diselesaikan". "Di bawah sistem pemerintahan kita, kehakiman telah diamanahkan dengan tugas penimbangtara terakhir dalam perkara berhubung tafsiran perlembagaan. "Bila mahkamah telah membuat keputusan, menjadi tanggungjawab semua mematuhinya. Keputusan kehakiman tidak dapat tidak berakhir dengan pihak yang menang dan yang kalah, tetapi kehakiman tidak harus sekali-kali dijadikan korban," ujar baginda. "Adalah amat penting wujud kebebasan dan keadilan kehakiman. Tanpanya, kedaulatan undang-undang tidak dapat ditegakkan. "Dan bila kedaulatan undang-undang tempang, ia mesti dipulihkan sepenuhnya," titah Raja Nazrin Shah. Baginda bertitah sejak pilihanraya umum Mac tahun lepas, cabar-mencabar politik kerap berlaku dan lebih tegang, dan ini berkemungkinan berterusan buat beberapa waktu akan datang. "Tetapi apa juga perbezaan kita, keprihatinan kita ialah untuk mewujudkan bentuk negara yang boleh kita banggakan. "Kita mempunyai sistem pemerintah yang baik yang telah memberikan khidmat yang baik. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha memperkukuh sistem ini". Baginda menarik perhatian bila terdapat kelemahan, "kita perlu mengakuinya dan berusaha mengatasinya".

Ilmu hisab tu matematik

100,000 pendemo datang kurang kurang membayar duit minyak, tol dan makan. Sekali sekala datang KL bawak ole-ole balik rumah. Mari kita kira belanja mereka.

Kos Awalan Kadar Jumlah
T-Shirt Murah 20,000 pakai RM10.00 RM200,000
Tol Purata (1 kereta 5 orang) RM20.00 RM400,000
Utara Selantan Timur Barat @20,000 kereta
Minyak sama 20,000 kereta RM20.00 RM400,000
Makan semua makan RM10.00 RM1,000,000
Ole ole dll RM5.00 RM500,000

Kos Selepas
Ubat pedih mata dll 10,000 RM5.00 RM50,000
Ikat jamin dll fees tahanan 50 orang RM1000 RM50,000

Jumlah setakat ini tambahlah kalau nak tambah RM2,600,000
Dua juta enam ratus ribu sahaja.

Agak agak berapa bijik rumah murah kita boleh buat dgn banyak tu punya duit. Katalah sebuah rumah murah rege RM32,000 dapat 81 buah.

Tapi kalau tak demo berapa rakyat rugi?
hmmm kira sendiri, selagi BN UMNO dok perintah rakyat rugi, macam rakyat Kelantan rugi 1billion sebab tidak dapat royalti minyak, Selangor rugi 12Billion satu kes saja, tu kes kes lain, banyaklah. Billion bilion oooo....

Jadi Ilmu Hisab tu matematik...BN cuma ada ilmu hisab darah saja dalam kepalanya.




Info Asas N11

N11 Permatang Pasir : INFO


Daerah Mengundi

Komposisi Umur

Komposisi Kaum

Graf Perbandingan Undi

ANALISA 1999 PPASIR

ANALISA 2004 PPASIR

ANALISA 2008 PPASIR


Risaunya aku...ini bala dari ALLAH

Email dari sahabat

Selangor gagal memanfaatkan ruang dan peluang
InboxX

Reply

Tengku Zaharudin Tengku Mohamad

to anwar.ib, azkaketereh, ahmadkassim, arfauzi, ansari1108, adilperlis, dr_zaliha, Dato', drbadrul.hubb, dttbeng, faisma58, Faizedah, hjannuar2salleh, jeffreykitingan, johariabdul55, khalid.jaafar, Tze, leeboonchye, mansor_tsn66, manseii42, ng_dominique, PPN, rssiva, sekun26, saifuddinnasut., shamsuliskandar
3:00 PM (3 minutes ago)
Selangor gagal memanfaatkan ruang dan peluang

Aug 5th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress
Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Semasa lima buah negeri dimenangi PR, saya telah menulis kepada blog
MSK dan menyatakan, betapa perlunya diwujudkan satu koridor kuasa yang
mampu menzahirkan corak pemerintahan berbeza antara PR dan BN.
Sayang…pandangan itu tidak disambut secara positif oleh mana-mana
negeri Pakatan sehinggalah Perak hilang dari genggaman.

BN kini – sama ada secara bersembunyi mahu pun terang-terangan –
memang mahu mengambil (baca: merampas) kembali negeri Selangor. Ini
adalah negeri termaju di Malaysia. Negeri yang menyebabkan pemimpin
UBN hilang selera tujuh hari tujuh malam apabila terlepas kepada
Pakatan.

Sayangnya, Pakatan gagal memanfaatkan potensi Selangor bagi menjana
sokongan berterusan kepada PR. Anda tak perlu memerah fikiran mencerna
apa yang saya tulis, kerana saya akan memberikan beberapa contoh:

1. Selangor didiami oleh lebih 5 juta manusia, itu adalah rakyat
Selangor dan jika dicampur dengan pelbagai jenis manusia lain yang
mendatang, maka mungkin mencecah 6 ke 7 juta. Jumlah ini sudah mampu
menjadi modal jangka panjang kepada Pakatan dengan syarat, Pakatan
menzahirkan corak pemerintahan yang benar-benar disukai rakyat, iaitu
Ketuanan Rakyat atau Negeri Adil, Mesra dan Berkebajikan. Soalannya,
sudahkah angka 5 juta ini kini, benar-benar sudah diambil kesempatan
oleh Pakatan dan merubah sokongan mereka daripada UBN kepada PR?

2. Selangor adalah pusat Malaysia, Lembah Kelang hakikatnya
adalah Selangor dan KL adalah sebahagian daripadanya. Bayangkan,
segala kemudahan, segala keperluan, segala-galanya, ada di sini.
Bayangkan betapa ramai anak-anak muda dari seluruh Negara datang
berkerja di sini. Bayangkan jika mereka melihat kehebatan
pemerinatahan PR di Selangor dan mereka membawa info itu ke kampung
mereka, di Johor, Melaka, Perlis dan sebagainya. Bukankah itu
bermakna, PR Selangor sudah memberikan imej positif kepada Pakatan di
Malaysia? Adakah ini sudah dilakukan oleh Selangor?

3. Selangor gagal memanfaatkan kemudahan melebarkan pengaruh
kepada rakyat. Bayangkan, jika anda berkereta dari KL ke Shah Alam
melalui Federal Highway atau NKVE, atau berlegar-legar di bandaraya
PJ, Shah Alam, Klang dan USJ…adakah anda terjumpa mana-mana billboard
yang mengetengahkan idea-idea PR, mempamerkan wajah manis pemimpin
utama PR, membawa mesej kemurnian PR? Ini…dalam Isu ISA…ken apa tiada
billboard yang menzahirkan sikap PR di Selangor…ada tak ada pun,
mungkin satu dua yang didirikan atas inisiatif sendiri, bukan dari
kerajaan negeri sendiri secara sistematik…Sepatutnya, Selangor
memanfaatkan ruang di billboard seluruh negeri mempromosikan idea PR
untuk menghapuskan ISA.

4. Pemimpin PR tidak sefahaman – dan ini menjadi rujukan kepada
rakyat Malaysia, kerana Selangor adalah pusat – isu terbaharu mengenai
rampasan arak, kenapa masih berbangkit semua ini? Kenapa tiada satu
mekanisme unggul menyelaraskan segala isu melalui jalan yang lebih
lunak dan berhemah? Kenapa imej DAP dan PAS dilihat selalu tegang? PR
Selangor wajib memikul amanah ini dengan jujur dan tekun, bahawa
Selangor memang menjadi tumpuan Malaysia dan kemenangan ini wajib
disusun atur secara bersama dengan penuh bijaksana.

5. Sikap MB Selangor – seorang business man yang hebat; tetapi
bukan politikus yang hebat – maaf jika saya menulis begini. Namun,
saya begitu jelek melihat wanita yang menjadi model kebobrokan ’sikap’
di Malaysia masih duduk dengan bergaya di kerusi Canselori
Unisel…aduh, sakit mata memandang; sakit lagi jiwa yang mengenang!
Susah sangatkah MB Selangor untuk menukar semua ini?

6. Pengurusan kemenangan yang tidak bersepadu antara semua parti
– sama ada diakui atau tidak, Selangor masih terjebak dalam isu
perkongsian kuasa – masih terdengar rungutan dan sungutan di peringkat
bawahan…dan apakah penyelesaiannya?

Dan…masih banyak yang boleh ditulis di sini, namun cukuplah dahulu.
Saya hanya memikirkan, apakah MB Selangor membaca tulisan ini, adakah
Hasan Ali juga membacanya…adakah Ronnie Liu juga menelitinya…atau
mereka semua sibuk dengan pelbagai urusan penting di Bangunan SUK
sana, maka apalah sangat tulisan rakyat kecil seperti saya ini di sisi
mereka!

Tak ada yang "match"? Sorok ajelah 2 orang suspek tu mana nak jumpa...

Logik tak kalau dikatakan 2 orang suspek pemilik DNA itu disorokkan. Jadi bagaimana?

OK sekarang SPRM ada orang pekerja? Berapa orang penyiasat? Siapa yang kerja hari itu saja? Senang semua yang dibawah penyiasatan ini perlu diambil DNA. Mesti ada yang kena.
Tahu tahu 2 orang itu sudah lari keluar negeri. Mana tahu kan? Bala mana bala? Ala kelentong ini celah gigi laa...



Teoh inquest: No match to unknown DNA found

By Debra Chong

SHAH ALAM, Aug 5 — The inquest into DAP political aide Teoh Beng Hock's death began this morning with lawyer Tan Hock Chuan, who is leading the Attorney-General's team, disclosing that swabs from 157 people were analysed but none matched the DNA of the unknown male found on Teoh's jacket and belt.

Lawyer Gobind Singh Deo, representing the Teoh family, then asked the court to note that samples of Tan Boon Wah and Lee Wye Wing, who had earlier refused to give their DNA samples, were also not a match.

Earlier, Hock Chuan gave a list of 97 witnesses and suggested that the inquest start with 12 including three chemists and three pathologists. He also said the toxicology, criminology and DNA reports were ready.

Mohd Ridzuan was the second witness called in the inquest. — Picture by Jack Ooi

The coroner then called two witnesses — the female security guard who found Teoh's body and a male technician from Plaza Masalam. The technician, Mohd Ridzuan Samsuri, said there were only two ways to access the fifth-floor balcony where Teoh was found — through the rooftop or a grilled window on the same floor.

He said the grille was always locked and only maintenance and security had the keys and there was a record kept of who accesses the area.

The 30-year-old political secretary was found dead on the rooftop of a five-storey building next to Plaza Masalam, where the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has its Selangor head office on the 14th floor, last July 16.

He had been taken in as a witness in a probe into alleged misuse of state funds. He was due to register his marriage to his two-month pregnant fiancee Soh Cher Wei the day he was found dead.

The Cabinet has formed a royal commission of inquiry into MACC's investigation procedures after it was revealed that Teoh was questioned from 6pm to 3.45am the next day.

Jadual Ustaz Badrulamin - Kuliah Agama



Pimpinan PR harap dapat maklumkan jika ingin hadir... SMS je 0133974050.


OGOS 2009.

01 - Masjid Negara. Zuhur - Himpunan Mansuh ISA
01 - Bangi. Kuliah maghrib Surau Impian Putra dan munajat lepas Isyak.

02
- Yan Kedah. 3 ptg Himpunan anak gayong. Kuliah mgrb Surau Tmn Serindit
Alor Star & ceramah di Markaz PAS Bukit Pinang A.Star.

03 - Keramat. Mgrb Surau Nurus Saadah AU3.

04 - Tasik Puteri. Kuliah mgrb Surau as-Siddiqin.

05 - Ampang. Kuliah mgrb Masjid Bkt Indah.

06 - Keramat. Kuliah mgrb Surau Ridwan Pangsapuri ATM Jln Setiawangsa (depan kolam najis).

07 - Penang. Kuliah Maghrib di Msjd Taqwa Tmn Saadong Gelugor.

08 - Png. Kuliah mgrb Msjd batu.

09 - Ipoh. Kuliah duha 9am Pusat Motivasi al-Taqwa Tmn Meru 2C.
09 - S Alam. Ceramah 9 mlm Tmn Permainan Rumah Pangsa PKNS Seksyen 20.

10 - Kuala Langat. Kuliah mgrb Masjid Salak Tinggi.

11 - Selayang. Kuliah mgrb Surau Qtrs TNB Sri Prima, Jln PS7 Tmn Prima Slayang.

12 - Sabak Bernam. 8 pagi Ceramah sempena himpunan bulanan Jabatan2. Dewan besar Sg. Besar.
12 - Kuala Selangor. 4 ptg ceramah di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
12 - Kelang. Mgrb Surau Bandar Baru.

13 - S.Alam. 2.30 Kuliah Muslimat di dewan serbaguna seksyen 4 (dkt dewan bola tambar).
13 - Bandar Utama TV3. Kuliah Mgrb Surau Syakirin bandar Utama Damansara PJ.

14 - Ampang. Tazkirah & Khutbah Msjd Lembah Jaya.
14 - Banting. Munajat & Ceramah (mula maghrib) di Maahad Ihya al-Mahadi, Sg Kelambu Banting.

15 - Qiyamullail 4.15 pagi. SRI al-Huda Gombak.
15 - Sani tunang 3 ptg Taman Medan.
15 - Bukit beruntung. Kuliah maghrib di surau.

16 - Qiyamullail 4.15 pagi. Masjid al-Naim, Bt.7 Jln Kebun.
16 - Kuala Langat. Kuliah mgrb Masjid Olak Lempit.

17 - Bt Caves. Forum lepas Isyak Masjid Amaniah.

18 - Keramat. Kuliah mgrb Surau al-Falah AU4.

19 - Banting. Kuliah lepas Isyak Masjid Kelanang.

20 - SUK S.Alam. Kuliah Zuhur surau SUK 1pm.
20 - Tmn Malawati UK. Kuliah Magrib Surau Muwafaqah Fasa 6.

21 - Ampang. Tazkirah & Khutbah Masjid D Palma.
21 - Sabak Bernam. 5 ptg Mesyuarat Cabang. Kuliah Maghrib di Surau Pusat Lindungan Wanita (dan trawih jika esok puasa).

22 - Sabak Bernam. Pengagihan bantuan beras, gula, korma untuk fakir miskin. Majlis Buka puasa di Tapak keADILan dan tarawih.

23 - Shah Alam. Kuliah Subuh Msjd unta (al-Azhar) seksyen 18 (dekat Giant).
23 - Shah Alam. Trawih & tazkirah Msjd Ehsan Seksyen 24.

24 - Ampang. Trawih & Tazkirah Msjd Bkt Indah.

25 - Shah Alam. Traweh & tazkirah msj al-Munawwarah Seksyen 27.

26 - Tazkirah & Khutbah Surau (masjid) D Palma Ampang.
26 - S.Alam. Trawih & Tazkirah Msjd al-Falah sek.25 S.Alam.

27 - Kepong. Trawih & Tazkirah Msjd al-Faizin Tmn Desa Jaya.

28 - Kepong. Tazkirah & Khutbah Masjid Faizin Desa Jaya.
28 - Kg Cheras. Trawih & tazkirah Masjid Kg Cheras.

29 - Kajang. 10 pagi Kuliah Duha surau Saujana Impian
29 - S Alam. Trawih & Tazkirah Uptown Seksyen 24.

30 - Keramat. Kuliah Subuh surau al-Kauthar.
30 - Sbk Bernam. Buka Puasa di Tapak keADILan, Trawih & Tazkirah Msjd Taqwa Bt 38.
30 - Sbk Bernam. 10 malam Sambutan Merdeka di Dataran Sabak.

31 - Kelang. Tazkirah & Trawih Masjid al-Rahimah (Dpn Hospital Rahimah).

BN memang sudah rosak, PR pula kurang pengalaman

Pelbagai sudut perlu dilihat,

hendak menyokong BN banyak yang dilanggarnya, terutama dasar Hak Asasi Manusia, Kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul tersekat. Dunia memandang kita seperti dunia kelas ketiga, sebaris dengan Myanmmar, Uganda, walaupun kita maju.

Jadi nak mengharap BN jauh sekali dalam masa kini, UMNO terutamanya terlalu mementingkan kaum yang membawa cara agak terbelakang. Dalam keadaan tertekan ini, mereka mungkin tidak cukup waktu untuk mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO. Tiket yang terakhir digunakan dan dinyanyikan.

PR masih teraba raba hala tuju masing masing, PAS lebih pendekatan Islamnya tanpa memberi faham dulu apa yang dibawa. Maka sering tidak seiring dengan aspirasi DAP. Elok juga jika tidak mengikut kehendak satu satu kumpulan yang bermiripkan UMNO. Kita tidak mahu PR cuma diganti dengan BN dalam erti kata, UMNO tukar jadi PAS, MCA tukar jadi DAP, MIC tukar jadi PKR? Sama la tu....

Jadi kesimpulan rakyat ditengah tengah, ada kalanya tidak mengundi juga satu keputusan. BN tidak mengharap, PR tidak mendokong.