SALAAM

Atas komen komen anda yang mungkin menyakitkan hati orang lain atau melanggar mana mana undang undang rimba di Malaysia atau luar.

Sendiri buat sendiri tanggung, namun bagi memberi keterbukaan dapat memberi pendapat peribadi, semua pandangan disini adalah hak peribadi yang disiarkan. Anda boleh tidak setuju atau untuk setuju.

PERHATIAN

Jika anda tidak setuju dengan kandungan blog ini, anda boleh digalak untuk meninggalkannya, itu pilihan anda, jika anda kekal dan membacanya maknanya, anda tiada masalah dengan kandungan blog ini.

Kisah JKKK

JKKK Organinisasi yang perlu diperkukuhkan.

Kampong adalah lubuh hubungan politik komuniti Melayu umumnya, jika diSelangor yang dinampak Ketua Kampong dikuasai oleh kebanyakkan aktivis PAS dan Ketua Ketua cawangan PAS. Hanya segelintir terdiri dari PKR dan kebanyakkan dari kampong Baru Cina dikuasai oleh DAP.

Didalam organisasi kampong ini, pelbagai usaha boleh dibuat bagi mendekatkan pengundi kepada aspirasi dan agenda Pakatan Rakyat. Jika ini gagal dilaksanakan akan wujud pelbagai alasan untuk pengundi tidak mengundi Pakatan Rakyat dimasa akan datang, walau alasannya ialah alasan yang remeh temeh. Seperti Ketua Kampong tidak datang kenduri rumahnya. Ketua Kampong tidak jengok bapanya yang nazak dan mungkin sebab dia tidak dapat benih cili yang diedarkan oleh Jabatan Pertanian.

Dimana peranan Ketua Kampong?
Ketua Kampong adalah nahkoda kapal, mereka hanya perlu jaga stereng kapal. Yang lain anak anak kapal yang buat kerja, Tok Sidang (setengah panggil ketua Kampong sebagai tok sidang), cuma tekan suis je kerjanya.

Cadangan transformasi JKKK kepada JKKK era Pakatan Rakyat perlu dijelmakan, dari mungkin dari roh JKKK itu sendiri, mungkin elok jika ditukar kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampong. Apa yang penting adalah membahagiakan orang yang dibawahnya. Selama ini kita asyik dok mengata ketua JKKK lama itu dan ini, malah mereka mungkin melakukan lebih baik dari kita sekarang ini jika dilihat dari satu sudut.

Kurang kurang Ketua Kampong dulu tidak merungut pun elaun mereka cuma beberapa ratus, kerana mereka pandai menggunakan sumber kampong untuk memakmurkan kampong serta menguasai anak anak buah mereka. Jika ketua Kampong gagal menggunakan sumber yang ada maka mereka gagallah.

Ketua Kampong mesti ada Call Card
Call card atau Business card, mesti ada walau tidak buat busines, kalau boleh satu kampong ada kad peribadi untuk ditukar tukar sesama penduduk kampong, kalau boleh ketua kampong berdiri depan masjid memperkenalkan diri dengan mengedarkan kad ini kepada penduduk kampong, dibelakang kad listkan AJK kampong dengan membarisi Biro biro yang ada dalam JKKK, termasuk nombor nombor penting, seperti Bomba, Klinik Bidan, Polis, Pertahanan Awam, Rela, dll. Apa salahnya perubahan ini dibuat, orang nak kata, baguslah. Memang itu kita nak, orang kata, maka tersebarlah maklumat itu sampai seluruh kampong.

Sumber Tambahan Ketua Kampong.
Pertama tama, pergi ke JUPEM atau jabatan pemetaan Selangor tu, beli peta lengkap RM6.00 sekeping besar.Mengenal pasti kawasan jajahannya, disitu dia akan mengenal seluruh pelusuk kampong, status tanah dan persekitaran. Ada tanah tanah yang perlu dikenal pasti, setangahnya dulu difaraitkan kepada tok tok sidang lama. Perlu diingat itu milik kerajaan, terutama tanah tanah kerajaan negeri, termasuk rezab rezab jalan, sungai dll. Mengenal pasti bagi memastikan tiada pencerobohan tanah negeri, rezab dan wakaf jika ada. Jika perlu perjanjian umum dengan JKKK dan Pihak Masjid perlu dibuat bagi melaksanakan dasar perkongsian, pajak dll. Umpama Ketua Kampong perlu mengenal dan merancang sumber sokongan kampongnya. Perancangan ini akan menyelesaikan masalah meminta minta, sebab sepatutnya Kampong ada sumber kewangannya sendiri. Berbincanglah dengan Masjid untuk memperuntukan sebahagian derma masjid untuk kegunaan kampong mungkin 10%, tidak jadi masalah jika mesyuarat bersetuju melaksanakannya. Jika anda diberi ladang, atau anda tinggal dalam kepuk tapi anda kelaparan itu masalah anda.

Peranan Biro Biro
Biro biro perlu dilatih secara fokus saya ringkas dibawah.
Biro Ekonomi - mendapatkan maklumat ekonomi, mencari sumber sumber projek kecil, penanaman koko, penanaman semula, perkongsiaan bijak dengan pihak swasta, industri kampong, saya lebih suka jika peranan biro ini cuma membuat direktori kampong yang mana ia mengisi kegiatan kampong ditempatnya, contoh :- Pembekal pisang, Pemotong rumput. Jika AJK Biro JKKK ini tahu semua orang yang diperlukan, tidak mustahilah seumber ekonomi boleh dijana.
Biro Pertanian - sekali lagi, cari maklumat pertanian, teknik pemindahan teknologi pertanian, bantuan pertanian, dialog, kursus pertanian, perlukah semua guna duit? Tidak, mula dengan kumpulan kecil 4-5 orang saja.Kita kampong bukan Negara, atau negeri 4-5 orang terlibat dengan kegiatan pertanian secara aktif sudah cukup untuk mewakili satu kampong, AJK ini perlu tahu, keluasan tanah pertanian kawasannya, jenis pertanian, jumlah ahli nelayan, dll pertubuhan yang ada.
Biro Kebajikan - Kita melaungkan kebajikan di manifesto PRU12, AJK ini perlu mahir tentang produk kebajikan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, mereka mesti tahu apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri seperti TAWAS, One Stop Crisis Center, Program Mesra Usia Emas, dll. Mereka tahu apa yang ditawarkan oleh Zakat, JKM dan Jabatan Lain. Skuad kebajikan mesti ditubuhkan, termasuk team bencana alam, team gali kubur atau mengurus jenazah, team kenduri, team gotong royong dan kawalan penyakit berjangkit. dll.Ada ketua kampong mengadu ada orang mengetuk pintu rumahnya malam malam, ini maksudnya biro ini tidak buat kerja. Sehingga orang susah datang kerumah ketua kampong.
Ada biro biro lain dalam JKKK, saya tidak akan ulas panjang, terutama Biro Keselamatan, itulah yang perlu diganti dengan Biro Kesejahteraan Kampong, cubalah masuk bertanding kampong terbaik atau mengusahakan satu projek kesejahteraan kampong. Melalui sistem Takaful berkelompok dll. Buatlah projek pintu gerbang atau papan papan tanda jalan, billboard ucapan, ucapan ucapan perayaan dll. Saya tertarik dengan sebuah Kuil di jalan Ijok ke KL, menaikkan billboard plywood yang dilukis tangan, setiap kali ada perayaan penting termasuk hari guru, hari ibu dll. Plywood ini dengan modal cat, tidak semestinya cantik tetapi kreatif, yang penting isi ucapannya itu yang lebih penting dari cantik dan mahal.

Biro yang tidak kurang pentingnya adalah yang mementingkan belia dan perkara berkenaan sukan serta aktiviti anak muda, ia termasuk budak sekolah, remaja , tadika dll. Jangan ingat kita yang berusia ini tidak perlu memerhati keadaan orang muda dan kanak kanak. Perlu dibuat perlu dilaksanakan, saya ambil contoh, ambil seorang ketua Pengawas di sekolah rendah dikampong berkenaan untuk hadir ke Mesyuarat JKKK. Ishh kenapa tak boleh? sebab dia budak budak? Itu salah, maksudnya disini, budak ini adalah sebahagian dari kampong ini, jadikan dia pemerhati dalam Mesyuarat JKKK, malah suruh dia buat laporan kepada Guru Besar sekolah berkenaan untuk diselaraskan kerjasama dengan pihak sekolah. Tidak salah.

Pelbagai idea idea lain yang kreatif yang tidak memerlukan kewangan untuk dilaksanakan, Cuma halangan kita bila hendak buat sesuatu kita fikir yang besar-besar, kena ada khemah, PA system, makan makan dll. Bagi saya kampong kita buat style kampong.


Saya harap, perubahan kecil ini akan jadi gelombang - saya panggil ....menukar riak menjadi gelombang

Allahuallam.

Mangkuk bubur

Semua orang kenal politik, semua orang rasa dialah yang paling handal, lain padang lain belalang, yang nak cerita kat sini hari ini adalah politik Mangkuk bubur, tahulah mangkuk tu besar mana kan dan dalam mangkuk tu ada bubur...

Bubur selalu makan panas panas baru sedap, kalau dah sejuk tak best, atas bubur (aku cakap bubur nasilah), selalu orang kita kalau macam bubur ni low class, cina apek yang kaya raya tu pun pagi pagi makan bubur aje tau. Yang millionaire pun macam bubur nasi lagi.

Selalu orang kita nak jadi CLASS lah, konon, dalam politik nak jaga class, macam keretanya pun class..kurang kurang CAMRY...nasib bubur, dulu masa tak dak nasi bubur pun jadi...

Yang seronok lagi, mangkuk tu, besar manalah sangat, kacau bubur dalam mangkuk paling paling pun dalam mangkuk tu jugak. Politik mangkuk bubur ini kalau tak kena gaya, memang orang politik tu mangkuk sungguh. Politik mangkuk bubur ini dok mengacau dalam mangkuk tu ajelah...bila bubur dah sejuk...sonyappp...

Yang lain...tolong ahli ahli yang berhormat mengulas.

Bebas rugi tak bebas pun rugi....

Akhirnya yang menjadi punca tsunami Politik 2008, dibebaskan dari Kamunting, pada masa dan ketika ini, tidak akan memberi sebarang political milage pada UBN, maksudnya mereka menggunakan satu "bom" pada ketika yang tidak bermakna.

Bebas mereka kalah, tidak bebas pun mereka kalah.

Alahai....politik sepat ronggeng.

Sabar Sabar Sabar